Faiz. 22. Used to be an introvert, but now slowly becoming ambivert.

Mont' Kiara International School Dance Fanatics 2011

Yoooooooo! Hello everyone and yeah, it's already December now. Aku rasa still sempat lagi nak say, HELLO DECEMBER! Hahahaha, yeah nampaknya 2011 dah nak habis. Hadoi, kejap je doh nak 2012 plus next year SPM! Madafaka -.-

Okay okay, aku bukannya nak cerita pasal 2011, 2012 and semua tu. Aku nak cerita pasal Dance Fanatics 2011 dekat MKIS! Yeah, mula mula aku dapat tahu benda ni dari Atikah Saifudin lah. Dia ada cerita kat aku yang Aqilah Aida ada buat persembahan kat sekolah dia. Aku pon macam, whoaaa mesti gempak. Then, tak lama kemudian, Atikah ajak aku teman dia, aku pon macam excited lah! Okay, sebelum pergi sekolah Aqilah tu, dia kata suruh tunggu dia kat Mcdonald Kota Damansara dulu. Dia suruh tunggu pukul 4, nanti dia datang. Aku pon ingat nak gerak Mcd dalam pukul 2. Sebab haritu aku nak belanja Atikah double cheese burger + lepak lama sikit :P

Okay, masa haritu aku tak tidur. Sebab tak boleh nak tidur + tak ngantuk. So, aku berjaga je lah sampai ke pagi. Aku dengan adik aku pulak tu sama sama berjaga sebab sama sama tak ngantuk. Haha, masa pagi tu aku ingat nak jogging dengan adik aku tapi tengok tengok, cancel sebab malas! Hahaha, pagi pagi tu aku and adik aku gerak ah ke kedai nak beli nasi lemak. Aku beli dua pulak sebab lapar gila. Okay balik rumah, tibai sampai perut kembung and bla bla bla. Berjaga lah sampai pukul 9, masa tu baring baring kat katil. Last last, terlelap pulak sampai pukul 2! WTF!!? Aku dah lambat ni nak pergi Mcd. Terus rush ke bilik air, mandi siap semua. Sampai Mcd pukul 2.50 pm. Fuuuh, sempat lagi Mcvalue Lunch ni, orang pon tak ramai. Dah order semua aku pon tunggu lah si Atikah. Tunggu punya tunggu, Helmy pulak yang sampai sebab Aqilah ajak dia sekali. So, aku lepak je lah dengan dia. Tunggu jugak si Atikah ni, mana dia. Tiba tiba dia call, dia kata, "You i sampai Mcd pukul 4 tau?" and bla bla bla. Lahai, sampai pukul 4 pulak. Aku pon tunggu lah sampai Fries dia pon dah sejuk and lembik. Terserempak pulak dengan Erwansha, Izyan and Fatiha dekat Mcd ada lah sikit borak dengan diorang. Okay, dalam pukul 4, Aqilah pon sampai dengan kawan dia sekali, Dini Danial and Shafiq Azri. Tapi yang peliknya, Atikah ni tak sampai sampai jugak. Hadoi, tunggu punya tunggu, sampai jugak. Aku ambil dia kat luar, ajak dia makan double cheese burger dia. Habis makan baru gerak kat sekolah Aqilah. Kena naik cab lah! Aqilah baik ah, dia bayar kan tambang cab. Thanks! :D

Sampai kat sekolah, Aqilah terus cakap, "Guys, English please!", aku pon macam, okay get ready lah nak speaking lepas ni. Masuk masuk je, student situ pandang kitorang semua. Aku pon macam, buat cool je. Then, Aqilah bawak kitorang jalan jalan kat sekolah dia. Seriously aku cakap, sekolah dia gila awesome! Hahaha, student pon lawa lawa, okay gatal jap. Cehhh! Okay, pastu Aqilah and Atikah ni dahaga lah pulak, diorang pon pergi stop dekat satu vending machine. Aku and Helmy pergi toilet, ada business kejap. Hahaha, keluar je dari toilet, Atikah and Aqilah tu menjerit jerit happy semacam. Aku pon tanya lah kenapa kan, then diorang masukkan duit and tekan tekan semua, pastu vending machine tu pon menjalankan tugasnya! Aku tengok pon macam, gila awesome style vending machine. Hahaha, batak kejap :P

Okay sudah sudah lah dengan batak tu, hahaha. Pastu, Aqilah suruh duduk dekat kantin, 'cause dia ada meeting untuk perfomance malam tu. Kitorang pon tunggu lah dari pukul 5 pm sampai 6.30 pm. Masa menunggu tu gila bosan lah. Aku ajak lah Helmy and Atikah jalan jalan kat sekolah. Well, memang gempak lah! Tengok tu, tengok ni, bercerita lagi dengan si Atikah. Pasal kucing lah, pasal hantu lah, hahahaha.


Sampai lah pukul 6.30 tunggu, Aqilah pon datang, dengan bau perfume dia, bau hairspray dia, makeup dia lagi. Aqilah pon kata, suruh tunggu lagi 30 minit, sebab dia start pukul 7.00 pm. Tunggu je lah sambil tangkap gambar semua. Tepat pukul 7.00 pm, semua gerak ke satu tempat ni, macam Theater lah. Aku, Helmy and Atikah dapat duduk tempat second paling depan. Untung laaaah! Persembahan tu pon start, pehhh! Opening dia gila gempak! Dia punya themes macam creepy creepy sikit. Antara nama persembahan dia is:

- The West and East Side
- Dance Fanatics
- Ba Dag E-A K-Pop inspired dance
- Jazzway - A Broadway Jazz Dance
- The Victim
- Mambo Jambo
- Breathe Me
- Sacudiendo las Caderas
- Alter Ego
- My Reflection
- Bale Afro
- Hopeless Love
- Cats
- The Oceania Project

Fuuuuuuh, banyak kan? Tapi best ohh! Semua menari gempak gila! Belly dance ada, KPOP inspired dance ada and macam macam lagi. Habis je persembahan, semua balik. Masa balik tu, ada kawan Aqilah, her name is Kate Ngooi. Pehhh! Gila lawa tapi kesian kat dia, kaki dia injured. Yang lucky nya, Shafiq and Helmy dapat tangkap gambar dengan dia. Aku pon nak join, tapi malu ah doh. So tak join lah, padahal dalam hati rasa jealous dengan dua mamat ni. Haaaaaih -.-

Tiba tiba, Aqilah kata mom dia tinggalkan dia. And dia tak ingat dia letak duit dia kat mana sebab dia nak support Aku, Helmy and Atikah balik naik cab. Aku pon cuak lah, dah lah ada rm5 je dalam wallet. So kitorang decide untuk share share je lah duit naik cab. Nasib baik cukup! Masa balik tu, semua kumpul dekat Mcd lah, tunggu parents masing masing. Aku tunggu ayah Helmy nak ambik pukul 10 lebih. Gila lah, masa tunggu tu sejuk tak terkata, menggigil satu badan. Atikah, Aqilah, Dini and Shafiq semua dah balik. And finally, ayah Helmy sampai tapi this time dengan kereta kawan ayah dia. Aku pon jadi takut nak tumpang. Ye lah, naik kereta ayah dia pon aku rasa seram, ni kan pulak naik kereta KAWAN ayah dia. Helmy kata, naik je. Masuk masuk je, okay sejuk gilaaaaaaaaaaaa! Menggigil! Helmy pon cakap, "Masa aku kerja Metrojaya lagi sejuk!". Okay Helmy, aku faham penderitaan kau :P

Kawan ayah dia hantar sampai ke rumah Helmy, aku pon turun then aku cakap lah, takpe lah aku balik jalan kaki je lah. Helmy kata takpe, tumpang je. Aku pon join je lah, bapak dia hantar sampai ke rumah aku. Turun dari kereta, aku terus lari nak bagi badan panas sikit, sebab satu badan aku still sejuk kott. Sampai sampai rumah je, online kejap, then terus TIDUR! :D

- THE END OF THE STORY -

Happy Birthday! 25 November :)

Hello, okay harini aku nak share dengan korang semua pasal Birthday aku. Well, hari yang sepatutnya jadi HAPPIEST DAY EVER kan? But yeaaaaaah, kat aku, aku rasa tak kott! -.-
So biar aku cerita satu satu, one by one okay? Haha. Actually, belum pukul 12 lagi aku dah dapat Birthday Wish dari kawan kawan aku dah. So aku rasa macam, "Yeah happy gilaa!". Kat Facebook,Twitter semua wish kan, so rasa macam terharu jugak lah kan. Aku sanggup tidur pukul 4 semata mata nak layan semua wish tu kan.  Pukul 4 je aku terus tidur, yeah ngantuk kan! Lagipun masa tu aku demam kan. Tak berapa sihat lah. Bangun je dari tidur, okay kat rumah takde sape sape wish. Huaaaa, rasa macam Forever Alone tahu? Rasa macam ni! :

Haaaa! Nampak tak permainan dia macam mana? Nampak kan. Sunyi wehh takde sape wish. Rasa nak menangis. Tapi tak lah menangis pon. Sedih "jewwwwww". :P
Parents aku pon tak wish. Semua buat macam bodoh je. Aku pon rasa bosan aku ajak lah kawan aku, Fatin and Asya pergi Mcd. Cehhhh, konon nya nak celebrate lah kan. Sampai je dekat Mcd. Aku order double cheese burger. Nak makan. Lapar dohh! Then, kitorang makan and sembang sembang je lah. That's all! Tak meriah kan? Yeah i know. Aku pon call lah Nurza Hallan. Ingat nak jumpa kan. Call punya call, tak dapat pulok. So aku rasa dia kerja lah kott, taknak lah kacau. Hmmmm, camtu je lah aku celebrate birthday. Makan pon macam tak lalu. Fries aku tak habis, sebab masa tu aku rasa nak termuntah. Okay memang demam aku tak baik lagi masa ni. Haha, tu lah gatal sangat nak keluar. Then, aku ajak lah Fatin and Asya lepak kat taman area belakang Mcd tu. Rasa macam bosan duduk kat Mcd. So gerak situ kitorang terserempak dengan Fazhan Azhar. Sembang sembang kejap dengan dia kan. Takde lah kejap, 1 jam setengah aku rasa. Hahahahaha! Habis je lepak situ, balik rumah lah. Nurza Hallan pon tak datang, dia kata segan. Hadoi apa lah! :D
Balik rumah aku layan je lah Facebook and Twitter sampai malam! Yeah, meriah tak birthday aku? Aku tahu, memang tak meriah pon. Huaaaaaaaaaa! 
Forever Alone!!! :(
* Btw, sorry sebab banyak pakai "kan". TEEHEE! :P
Tak salah KAN? :D

Say Hello to Holiday! :D

Hello everyone! Well dah lama gila aku tak update blog dohh. Hahahaha, aku terbangun tidur pagi pagi nie sebab otak aku tiba tiba inspired nak buat new post pulak. So, as you all know, sekolah aku dah start cuti. Alaaah, baru je sabtu lepas start which is on 18 November. So, kira baru and fresh lagi ahh cuti nie. Actually, bagi aku cuti nie agak membosankan lah. Why? Because you know, semua budak macam biasalah, akan pergi kerja part-time, ada yang tinggal kat kampung and blah blah blah. How about me? It's kinda sad lah nak cerita. Aku tak berapa ingat, tapi aku pernah lah try nak mohon kat Metrojaya dekat Curve. Yeah nak follow kawan lah katakan, baru kerja syiooooook sebab ada geng. Hahahahaha, so aku pergi mohon, and then dia dah interview semua. Aku pon macam, "Ohmaigad, tak sabar nak kerja!" , haha gedik pulak. Last last, night before first day aku start nak kerja tu, manager hantar message kat aku, and she said aku tak dapat kerja. Dia nak aku kerja lama sikit, around 1 or 2 years camtu. WTF!? Kau gilaa ka? Aku pon pelik lah, kawan aku kerja 1 bulan relax je? Santai habis aku tengok. Yang aku? Kau nak suruh kerja 1 or 2 tahun. Mati lah aku, next year SPM pulak. Hadooooi! So itulah sebabnya kenapa aku tak kerja, lagipon birthday tak lepas lagi actually. Hahaha, padan muka. Takkan aku nak start kerja bulan December kot? Hell no! Kau nak aku habis lambat, pastu ambil gaji masa bulan January 2012? Haha, so tak payah kerja lah Faiex. Nanti kau dah habis sekolah, kau kerja lah full-time puas puas, sementara tunggu result SPM lah katakan. And yes, SPM? Aku macam tak percaya je next year is my last year kat sekolah + SPM Candidates. Gilaaaa cuak dohh nak ambil SPM. Memang kena focus habis lah kan, tak boleh main main dah. Hmmm, rasa macam baru semalam je aku jadi budak Form 1 yang nerd! (Tak payah nak flashback sangat Faiex) :P

By the way, on 21 November, which is semalam, Malaysia menang dohh lawan dengan Indonesia untuk Sukan Sea 2011. Padan muka, Harimau Muda memang mengaum habis! So, saya bangga dengan Malaysia! Okay itu je cerita aku, thanks sebab sudi layan cerita mengarut aku nie. And babai, morning! :D

Citrawarna Hari Kokurikulum :D

Yeah, aku rasa happy gila Cikgu kata kitorang akan perform Citrawarna lagi untuk Hari Kokurikulum. Apa lagi, semua orang excited lah. Yang tak tahan nya, Datin Tiara Jacquelina nak datang sekolah kitorang because she's a besfriend of our Principal! Memang aku suka lah kan dapat tengok muka dia. Dia pandai berlakon, teater, menyanyi and what I love about her is Asmaradana.

Yeahh, aku ingat lagi, masa aku Darjah Tiga, aku suka nyanyi lagu dia yang tu lah haha. Okay, back to the topic pasal Citrawarna. Hmm... so, kitorang perform lah kan. Masa perform tu, music dia dah start, tapi, kitorang semua tak alert. So kena buat balik semula. Okay, kali kedua pulak, kitorang menari punya menari, tengok tengok music ter-stop masa kat tengah tengah. Okay, sayang DJ tu! Kau memang comel lah aku cakap! Suka aku buat banyak kali. Okay, kali ketiga, kitorang buat betul betul. Best ohhhhh, because semua semangat. Lepas buat Zapin, kitorang buat Malaysia Truly Asia and aku sayang budak budak Form 5 yang tengok kitorang perform. Diorang jerit bukan main kuat lagi ohhh. Riuh lah suasana kan :D

So, dah habis je perform, aku rasa sedih lah kan because tak dapat perform lagi dah lepas ni. Hmm.... tiba tiba, Datin Tiara pun sampai kat sekolah. Ohhhh yeah! Love you so much. By the way, aku dah sembang siap siap dah dengan dia kat Twitter, haha. Masa dia berucap, dia nak bagi personal thanks to sesiapa yang tweet dia dekat Twitter. So, dia sebut nama nama orang yang sembang dengan dia kat Twitter, dia sebut, @NinaEylna (Asya), @FaiexSHINee (that's ME !), @paanroslee (Farhan), and @tieyasara (Tyra). Ohhhhh yeah! Apa lagi, bangga lah kitorang semua. Kembang sekembang kembang nya! :P

Datin Tiara baik ohhh, dia peramah, and dia cakap lah pasal teater dia, class teater dia and macam macam and last sekali, kitorang sempat tangkap gambar dengan dia. Oh my, what a sweet moment ohh! :D

Masa balik tu, ramai budak Citrawarna lepak McD and aku pun lepak dengan diorang lah sampai petang. Yeahhh! :D





Photo from Nuriffa Najib's :)


Awwhh! :D
Photo from Nuriffa Najib's.


Photo from Nuriffa Najib's :)


Photo from Datin Tiara's page :)

Forum Remaja :)


Okay, aku dah terlambat post topic ni. But, it's okay. So, aku dah masuk Pertandingan Forum Remaja dengan Qila, Tyra and Eyza. Yeaaahh, memang best gila lah aku cakap! Dah last minute, baru aku jumpa isi isi forum aku. Pandai tak? Okay thanks.... wekkkk :P

So, masa bertanding aku memang rasa cuak gila lah. Bila sampai turn kumpulan aku untuk bertanding, aku rasa macam nak pengsan doh. Cuak punya pasal! So, masa bertanding, sibuk sibuk aku baca isi, aku tersasul. Last last aku gelakkan kesalahan aku sendiri depan penonton penonton semua. Yeah, memang memalukan lah! Semua team members aku bengang doh! Sorry korang. Yeah, last last kitorang tak menang because of my fault lah :P

Yeahhh! ENJOY! :D

Okay, sekali lagi aku terlambat update blog. Haha busy sangat lah, takde masa. Okay, semalam, 24 June. Aku, Asya, Faten and Keylaa pergi McD because kitorang ada project nak buat. Haha, Asya lah, dia nak cari lagu sebenarnya. So, kitorang pun gerak lah Ezy Video dulu because, nak cari lagu lagu yang best and guess what, aku jumpa banyak gila album KPOP! Fuck gilaaaaa. Kan best kalau aku banyak duit, gerenti semua aku rembat haha. So, lagu yang Asya nak cari, takde kat situ. So, kitorang pergi duduk McD dulu lah. Rehat kejap, makan makan dulu. Kitorang rasa sangat sangat lah bosan sampai lah aku cadangkan, kitorang main 'Truth or Dare'. Haha ni lah yang paling best bagi aku. So, Keylaa yang paling malang sekali, because masa ni dia kena. Haha, so, dia pilih Dare. Kitorang pun suruh lah dia cakap, "Hai!" kat budak budak yang ada kat luar McD tu. Masa ni kitorang duduk dalam. Keylaa taknak, kitorang pun apa lagi, suruh lah dia minum sos yang ada garam, gula, pepper, salt! Sampai nak termuntah dia minum hahahaha! Then, dah bosan duduk kat dalam, kitorang duduk kat luar pulak. Masa nie, Faten pulak yang terkena. So, kitorang suruh dia "Hai!" kat budak budak Stinson. Dia pergi kat salah seorang budak Stinson, nama dia Yazid. Faten pun cakap lah banyak kali, tapi, Yazid pakai handsfree masa tuh. So dia tak dengar lah. Faten pun cakap kuat kuat, then, Yazid kata, "Kau ni apahal?" Haha apa lagi, merah padam lah muka Faten. Best gila lah! Terbahak bahak kitorang gelak kan Faten. Sorry tau Faten, hehe. And then, turn Asya pulak. Yeahh, dia punye simple je. Kitorang suruh dia jerit nama Fazhan (budak Stinson jugak) kuat kuat. Dia pun jerit lah, "Fazhan Handsome!!" And semua orang kat situ pandang pelik kat dia haha! Bila turn aku pulak, aku kena jerit kuat kuat, "I LOVE KPOP!!", haha. Aku okay je, so aku jerit lah and semua orang pandang, aku pun malu, aku tutup lah muka aku kat meja, last last masa nak tutup muka tu, kepala aku terhantuk kat meja. Malu and sakit ohhh! Haha best gilaaa! Then, aku and Asya try minum sos 'paling sedap' tuh, and YUCKKK! Memang nak termuntah! Semua rasa ada. Masam, manis, masin.... wekkkk~ :D

Sekolah? :D

20 June 2011
Okay! Hehe, saje saje je aku nak update blog. Ada cerita best! Haha, mungkin best, mungkin tak :D
So, masa kat sekolah, aku rasa bosan, mengantuk, penat. Because? Because, aku tak tidur! Haha! So, sampai sekolah je, dah perhimpunan. Yeahh, aku memang 'suka' perhimpunan, haha. Tapi, perhimpunan hari ni lain sikit. Because, ada persembahan Boria and lakonan apa entah. Aku excited gila lah nak tengok persembahan tu. Alaaaaa, persembahan sempena Bulan Bahasa. So, lakonan tu agak funny lah jugak. Seronok aku melayan.... but, yang paling aku tak suka is Boria dia. Firstly, diorang nyanyi tak clear langsung and Boria dia tak gempak! Okay tu je yang aku boleh cakap. Habis je perhimpunan, belajar macam biasa. Okay okay, waktu belajar ICT lah yang paling kelakar! Because, masa ni ada Cikgu atau macam pemantau lah nak tengok cara pembelajaran ICT kitorang. So, terpaksalah jadi plastic kejap. Cikgu Syida pun sama. Plastic jugak masa tu haha :D
So, kitorang belajar rajin gila gila lah. Aku pun terkejut because kelas kitorang senyap sangat sangat haha!

21 June 2011
Okay, hari ni memang hari yang sangat malang bagi aku. Okay, hari ni aku tak tidur jugak. Tak tahu lah kenapa. So, aku mandi awal gilaaaaa! Pukul 5:55 pagi aku dah mandi and 6:20 pagi aku habis mandi dah. Hehe! So, aku gerak sekolah awal awal because kerja Akaun aku tak siap. Kalau gerak lambat, tak sempat nak tiru pulak hehe :P
So, masa on the way tu, aku tengah jalan jalan lah sambil buat muka cute cute macam itik haha. Tengah sedap aku berjalan, aku nampak bangkai kucing yang baru je kena langgar and kepala dia terpusing lain macam. Terus hilang mood ceria aku. Kesian doh kucing tuuu! Kenapa kejam sangat orang langgar dia. Huuaaa! Aku pun jalan, jalan, jalan..... dah jauh sikit dari bangkai tuh, bau bau 'aromatherapy' mula menusuk hidung.... OMA! Fuck gilaaaaa! Busuk gila nak mampussszzzzzz! Wekkk.... nak termuntah aku. Shit, fuck! Huaaaa tu yang first. Yang kedua is, masa waktu Akaun, aku belajar main main. So, Cikgu buat latihan and aku dengan Liyana buat hentam je. Cikgu nampak, terus dia show kerja kitorang tu kat satu kelas! Habis satu kelas gelak kan aku and Yana. Malu laaa siaaaal! >_<

Citrawarna Yang Terakhir (LIVE 21 May 2011) ;)

Okay, aku lupa nak update semalam because balik balik dari Citrawarna je terus tertidur dengan lena nya. So, masa pagi pagi dalam pukul 11 aku gerak sekolah because diorang suruh gerak awal untuk pakai makeup. Waduhhh~ make up?!! Okay, aku sampai sekolah sorang sorang. Lepas tuu Paan sampai and kitorang sama sama terus pakai baju sewang. Lepas tu, diorang nak pakaikan make up. So, diorang pakai kan lah bedak apa entah. Lepas tu, LIPSTICK! What the fuck? Gilaaa apa? Nak taknak kena jugak. Pastu, diorang bubuh apa entah nama dia, pening nak sebut. Semua orang dah siap make up dalam pukul 4 petang lebih kot... lama kan? Hehe! So, gerak lah ke Dataran Merdeka masa pukul 4.30 petang kot. Sampai je kat sana, terus pakai complete baju Sewang and tunggu nak perform je. Malam pun menjelma and waktu untuk perform dah sampai. Yeahhhh cuak plus excited doh. Hmm.... tapi sebelum perform, Abang Razif, Kak Syuhada and Kak Erin masuk khemah nak ucap ucap kan tahniah and goodluck. Tapi, kitorang buat surprise, kitorang sambut birthday Kak Syuhada hehe. Kitorang pun makan lah cake Secret Recipe. Sedap ohhhhh, cekelat pulokkk~ Lepas celebrate tu, kitorang pergi beratur untuk perform. Masuk je Dataran Merdeka, semua orang dah sorak dah. And, ramai jugak orang nak tangkap gambar kitorang because costume kitorang agak pelik and unik :P

Akhirnya, waktu kitorang dah sampai and kena lah perform. Aku cakap kat Cikgu yang aku takut, tapi Cikgu suruh buat betul betul. So, dekat Dataran Merdeka tu dia ada bentang satu tikar putih and waktu tu dah lah hujan. So, tikar tu jadi licin. Masa perform tu, aku and Asya tergelincir sikit because licin. Malu siallllllllll! Depan orang ramai and camera pulak :((
Takpe.... aku check check jugak, kot kot muka aku masuk TV. Tapi, tak nampak pun? Hmm.. takpe, lepas tu perform lagi kat dua tempat. Habis je semua tu, masa untuk perform Mega Zapin, Tarian Malaysia and Joget Lambak. Bapak best ohhhhh! Habis semua tu, kitorang tangkap tangkap gambar dengan sifu kitorang, Abang Razif , Kak Syuhada and Kak Erin. Hmmm.. bye bye, harap harap kita berjumpa lagi. Bye bye Citrawarna and.... rindu dengan kerenah budak lelaki kat dalam bus yang gila gila.

Huaaaaaaa~ Sedih ohhh :((


Me and Paan masa tengah make up hahaha! :D
Ni petang sebelum perform :)
Muka macam sial! :P
Lepas perform, ambil gambar sebagai kenangan :')
WE MISS YOU A LOT, CITRAWARNA! :'(
Bye Abang Raziff! :'(
Bye Kak Syuhada! :'(

Citrawarna :D (20 May 2011)

Wuihhh~ Penat gilaaa! Takpe takpe, banyak gila story best hari ni. Urmmm, so, tadi aku tak datang sekolah because training semalam menyebabkan aku penat gilaaaaaa. Terlepas lah Paper 1 Agama. Rugi betul! Takpe, demi Citrawarna kan. Then, petang tu kitorang kena berkumpul dekat sekolah and kena lengkap pakai baju Sewang. Bapak ah! Baju dah lah besar, warna hijau, nampak macam pekerja Alam Flora pulak hehe. Dah siap siap pakai semua, gerak lah ke Dataran Merdeka untuk buat full rehearsal. Haha, kitorang lepak lepak dulu. Disebabkan costume Sewang susah nak bukak, aku terpaksa tahan kencing kat sana. Bapak ahhhh, seksa ohhh! Bila dah malam, rehearsal pun bermula and ramai orang berkumpul nak tengok. Siap ada camera TV lagi. Aku terus jadi excited. Bila turn aku nak buat Sewang, aku ada terbuat salah because terhilang focus masa melayan spotlight yang terang benderang tu! Okay, dah habis, kena gerak lagi kat mana entah. Haaaaaa, masa gerak kat tempat lain ni lah yang paling aku malu. Seluar aku terlondeh ohhhhh! Malu gilaaaaaaaaaa! Nampak seluar bunga bunga hijau aku! Kantoi! Semua orang gelakkan aku, merah padam muka aku. Yang lain terpaksa bergerak dulu because Kak Syuhada terpaksa berhenti kan aku kat tengah tengah jalan sebab nak betul kan balik seluar aku yg terlondeh itu. Thanks Kak Syuhada! Love you ketat ketat :P


Malu lah sial! Actually, seluar aku tak londeh macam ni,
tapi londeh sampai ke bawah terus! >.<

So, dah siap semua, aku kejar balik and kena perform dekat... dekat depan Hotel apa entah. Lepas perform situ, kena pergi ke satu lagi tempat. Perform lah untuk kali ketiga. Penat gilaa! Lepas tu, sambung ke Dataran Merdeka and buat Mega Zapin, Joget Lambak and Tarian Malaysia. Best gila. Habis je rehearsal, masa nak balik tu, kitorang dapat tahu siapa yang curi phone Nadia. Kantoi sudah haha! Habis bergegar satu khemah because budak lelaki kitorang tak puas hati dengan PENCURI tu. Atoyaiii, bikin malu nama sekolah je. So, kitorang simpan dulu. Then, naik bus and balik lah ke sekolah kitorang. Pastu, settle balik because PENCURI tu taknak mengaku. Last last, Nadia jugak menang. Dia dapat phone dia balik! Congratzzzz! And kitorang pergi celebrate dekat Cafe Idaman Seksyen 4. Yeahh enjoy gilaa! So, esok kena perform betul betul because esok is hari yang betul betul kena perform. Depan Perdana Menteri and Agung and VVIP. Takut ohhhhh. Wish me luck kay! :D

Citrawarna :D (19 May 2011)

Okay, sangat penat lorrrrrh hari ini. Training semalam menyebabkan aku penat gila hari ni. Firstly, aku bangun lambat pagi tadi so sampai sekolah lambat gilaaa walaupun hari exam. Sampai sampai je, Cikgu Zul dah tunggu depan pagar dengan muka dia yang garang tu. Hmmm, last last dia denda and bagi sikit ceramah and warning sekali. Haha habis je semua tu, aku masuk ke kelas dalam keadaan lintang pukang because nak jawab Mathemathics Paper 2. Bila aku masuk, semua pandang lain macam. Haha malu gila aku! Nasib baik aku sempat. So, aku bukak kertas tu, and otak aku terus jadi BLUR! Semua soalan aku dah tak ingat camne nak buat. Masa cikgu ajar, boleh je aku jawab. Masa exam, terus BLANK otak. So, aku tak tau nak buat apa, aku tidur je lah. Penat kan. Then, Cikgu Suffian tegur aku, dia kata jangan tidur, cuba jawab. Aku pun cuba lah. Padahal hentam je lebih. Haha siap je semua tu, aku sambung tidur. Alahai, sedap nya :D

Then, ada paper Akaun pulak. Nasib baik semua objektif. So, boleh lah aku main hentam hentam je. Haha, habis exam, aku balik rumah and siap siap nak pergi training Citrawarna kat Dataran Merdeka. So, gerak sekolah pukul 3 petang and dalam pukul 4 petang, gerak sana lah. Sampai je, aku, Asya, Paan and Aten terus jalan jalan. Boring lah kan. Kitorang tangkap tangkap gambar lah, itu lah, ini lah. And then, terserempak dengan dua pelancong Mat Salleh. Kitorang say "Hello!" kat diorang. Hahaha saja je. Warga Malaysia memang sporting and peramah. Tiba tiba, dia keluarkan kamera Nikon DSLR dia tu, and kata nak tangkap gambar kitorang. Apa lagi, terus pose lah sekor sekor. Haha siot je! Pastu, lepas tangkap gambar tu, kitorang pergi ke khemah sekolah kitorang because nak berkumpul. Sampai laa malam, hujan turun pulak. Takpe, ramai budak main hujan, so aku join lah sekali. Hehe best best, dalam pukul 10 malam camtu, hujan dah stop. Kitorang pun buat lah rehearsal Citrawarna kat Dataran Merdeka. Perghhh~ Semua orang bad mood because tengah penat plus mengantuk kan. Seram aku tengok sekor sekor. Habis je rehearsal, aku balik rumah dengan Adam, Daus and Paan hehe :)

Jalan jalan :)
Update 30/11/16: Asya and Fatin sekarang dah berhijab
so I have to edit the photos, to respect them.

Weeeeee :)

Citrawarna :D

Okay, Citrawarna Citrawarna Citrawarna. Mesti korang dah bosan dengar cerita aku yang tak habis habis excited dengan benda ni kan? Well, aku tak kisah pun. Asalkan aku enjoy. So, lagi beberapa hari je aku nak perform kat Dataran Merdeka depan VVIP, Agung, Perdana Menteri and lain lain :D
So, biar aku cerita sikit ehhhhh~ Hehe, disebabkan kitorang nak biasakan diri dengan kawasan yang besar, kitorang telah dibawa ke PWTC untuk practice. Perghh~ aircond dia, tak boleh sejuk lagi ke, menggigil "my body"! Haha, so, inilah ceritanya....

Hari Pertama (15 May 2011):
Masa first day kitorang kat sini (PWTC), kitorang memang excited gilaaaaaa. Ye lah, campur campur pulak dengan budak budak sekolah lain. Ada yang okay okay and ada yang dah mula bajet bajet (Normal lah manusia~) So, kat sini, kitorang sampai sampai je terus breakfast Nasi Lemak and lepas tu menari Zapin ramai ramai. Perghh, gempak gilaaaa doh! Macam macam style ada. Ada yang loncat loncat, ada yang lompat lompat :D
Then, kitorang rehat and makan Nasi Kari lauk ayam. Lepas tu, sambung balik menari. Ada sorang abang ni buat satu step baru, so, kitorang belajar lah. Memang kelam kabut gila! Masa buat Sewang pun berterabur kot. Maklum lah, tak biasa dengan ruang besar. Tapi, sekarang dah biasa laa :P
So, itu je yang special nya.


Ni gambar yang diambil sebelum gerak ke PWTC! :)

Hari Kedua (16 May 2011):
Masa sampai kat sini memang menggigil satu badan because terlampau sejuk kan? So, macam biasa lah. Breakfast hari ni special sikit, makan swiss roll. Hehe, sedap ohhhhh! Tapi, sampai je kat perisa kopi, terus naik muak aku. Nak termuntah hehe. Hari ni, abang tu tukar step Zapin pulak. Atoyai, memang tak pandai lah cerita dia. Berterabur semua hehe. Kitorang belajar jugak betul betul walaupun dah banyak kali kena sound dengan Kak Syuhada which is my trainer yang paling aku sayang. Masa ni aku agak stress sebab penat gila kan. Haha, bila buat Sewang, aku dah biasa sikit. So, tak banyak lah berterabur nya. Okay okay je. Pastu, rehat makan nasi lauk sambal IKAN! Wekkkkk~ "sedapnya" makanan dia :D






Hari Ketiga ( 17 May 2011):
This is the last day aku kat PWTC. Memang sedih ohhhh~ Rindu kat aircond dia :P
Haha, kitorang breakfast bihun and hotdog rebus. Nyum nyum, sedap kot. Bila dah last last, baru nak sedap :P
Hari ni, semua dah perfect, Zapin dah cantik, Sewang pun sama. Haha, tinggal nak bagi tak salah je. Hari ni, kitorang practice betul betul macam nak buat persembahan kat Dataran Merdeka nanti. Perghhhh~ Gempak gila lah tengok orang lain buat persembahan. Macam macam ada haha. Pastu, bila turn kitorang buat Sewang, semua okay. Yang tak best nya, kitorang kena keluar dari PWTC untuk bagi ruang kat sekolah lain buat persembahan. Shit gila! Panas doh. Tapi, sabar je lah. Pastu, rehat and kitorang makan nasi lauk kari ayam kot dengan hotdog rebus jugak. Sedap ohhhhh~ So, habis rehat sambung latihan macam biasa. Tapi, ada budak TTDI gaduh dengan budak SMK Cochrane Perkasa because budak Cochrane kerek sangat kot. Tak tau lah. Tapi, memang gempak lah cerita dia. Sampai budak kitorang backup budak TTDI because diorang lah main dancer untuk Sewang. :D
Hehe, pastu, yang paling sedih is, phone Nadia hilang! Fuck gilaaaaaa! Masa nak balik tu, hilang phone and duit Nadia. Kesian dia. Dah lah dalam tu ada banyak memory indah. Gambar dia tangkap dengan Abang Razif pun ada. Rugi gilaaaaaa! Sabar ye Nadia~ And, bye bye PWTC.....

Hari Keempat (18 May 2011):
Okay, hari ni memang menyesal gila. Pergi sekolah pukul 2 petang lebih, tapi pukul 4 petang baru gerak Dataran Merdeka. Cikgu yang lambat, bengang siotttt! Takpe takpe, sabar je laaaa~ So, sampai je kat sana, kitorang terus stay kat khemah and sembang sembang je lah. Sampai lah aku dah bosan, aku ajak Paan pergi jalan jalan kat area KL. Haha, tangkap tangkap gambar lah sikit. Buat simpan simpan :D
So, dah habis tu je, kitorang datang kat khemah balik and tegur tegur lah jugak budak TTDI hehe. Lepas tu hujan pun turun. Semua masuk khemah macam baru lepas kena gempa bumi haha. Makanan pun sampai and kitorang makan nasi lauk sambal ayam. Sedap, tapi pedas! Yang nak tergelak nya, kitorang macam mangsa pelarian/gempa bumi sebab berebut kan makanan. Haha, sampai lah waktu Maghrib tiba, aku pun solat lah dengan Paan kat Masjid Jamek. Solat itu satu kewajipan :P
Bila dah malam, kitorang still enjoy lagi tapi yang peliknya, bila nak berlatih kat Dataran Merdeka, hujan tak stop stop. Haishhh~ Semua orang dah bengang and terpaksa lah latihan hari ni dibatalkan. So, buang masa je datang. Masa balik is waktu paling aku takut. Dah pukul 11 malam lebih baru sampai sekolah. Semua orang dah takut and sampai kan kawan aku, Ara menjerit and menangis sebab dikacau "benda" kat depan sekolah. Badan dia sejuk gilaaaaa~ Aku pun peluk dia so that dia tak takut and aku baca baca lah apa yang patut. Kitorang balik ramai ramai. Semua ni Ikhmal punya pasal lah because dia tunjuk gambar Pocong. Kitorang jadi cuak. Sampai je kat Cafe Idaman Seksyen 4, Nadia and kawan kawan lain lepak makan situ. Ara tak sedap hati and dia nak balik. So, aku, Kucai, Adam, Fazhan, Paan balik ramai ramai. Sampai je area Seroja, aku balik dengan Adam. Nasib baik dia tinggal dekat dengan aku. Kalau tak, mampuihhh aku balik sorang sorang. Itu je yang jadi. Ada benda benda yang aku tak boleh cerita sebenarnye. So, ini je lah yang mampu aku cerita :D

So, tunggu je lah next post okay? :)

CITRAWARNA! :D

Okay, finally, step Zapin and Sewang dah complete! So, Ahad ni gerak PWTC untuk practice kat sana. Yeahh, tak sabar! Tapi, aku kena buat elok elok lah, because, Kak Syuhada kata, kalau buat salah sikit, dah kena sound. Takut wohhhhh~ Haha! So, aku sebagai warga SMKS4 akan cuba menyesuaikan diri dengan warga TTDI! (Semangat je lebih!)

And, sibuk sibuk aku practice Citrawarna ni, exam pun sudah sampai. So, penat camne sekalipun, aku kena jugak ambil exam. Penting tu! Maths, Add Maths, tu yang aku takut sekali. Maths 1 dah lepas. Tinggal Maths 2 and Add Maths 1&2 je. Hadoyai, takut plus cuak sial! Apa apa pun, aku akan buat yang terbaik untuk perform Citrawarna kat Dataran Merdeka nanti! Yeahhhhhhhh~ <3

Hari Paling Best! :)

Okay. Hmmm... Penat gila doh hari ni. First, kat sekolah tadi memang gempak. Mula mula datang, takde pape yang special. Sampai waktu dah nak dekat balik, hmm... masa tu, cikgu cakap, "Okay, semua pergi Makmal Sains, kita ada buat Pameran Sains."

Apa lagi? Meloncat lah satu kelas, hahaha! Waktu ni lah yang paling aku suka. Macam macam ada doh. Diorang bedah katak laa (Eeeew!), buat gunung berapi lah and macam macam lagi. Tapi, yang paling aku suka is diorang buat experiment rocket, haha! Diorang buat kat tengah tengah Dataran, and sume budak budak keluar dari kelas untuk tengok FREE SHOW tu. Haha, best giler doh! Rocket tu melayang sampai ke bumbung lah, belakang sekolah lah and kalau tak jadi melayang layang kat bawah je. Haha, yang best nya, bila rocket tu dah launch, satu sekolah jerit macam orang gila. Aku and kawan kawan pun join jugak. Jerit jerit macam beruk. Haha, pastu, Helmi and Ikhmal pun ada. Mak ai! Diorang jerit bukan main kuat lagi. Sakit telinga. Okay, tu apa yang jadi kat sekolah.
Pastu, balik sekolah, pergi lepak McD jap dengan Qyla, Eyza and Tyra. Kitorang buat laa homework homework yang tak siap. Best jugak. Macam macam aku buat kat situ, and yang paling crazy sekali, aku letak creamer banyak banyak kat mulut aku, then aku cakap cakap kat Qyla. Haha, menyembur nyembur creamer tu, haha, menjerit Qyla.

Best ohhhh! Pastu, kitorang pun makan makan lah kat situ sampai perut naik BUNCIT! Memang sampai jalan pun tak betul. Macam orang mabuk. Maklum lah, tak larat nak bawak perut sendiri. Wekkk~ tu je lah yang best nya hari ni, haha! :)

ENJOY KAT SEKOLAH! :)

Okay, hari ni memang hari yang paling best kat sekolah. Well, lepas masa rehat je, semua cikgu tak masuk because diorang ada buat raptai untuk majlis apa entah (tak nak ambil kisah pun! :D) Yeahh! Enjoy lah apa lagi, best gila, semua budak budak merayap because boring kan. Yang perempuan, ada lah pergi tolong cikgu sikit sikit. Aku? Nak tolong? Sorry, next time je lah. Hehe, sakit kepala lah (alasan!) Haha, kitorang semua buat kerja kerja sendiri, Helmy and the gang enjoy dengan dance dance diorang. Aku? Sembang sembang je lah dengan classmate aku. Hmm, by the way, sempat jugak aku tangkap gambar, hehe!


Comelnya! :)

Eh? Tyra malu malu pulak :D

Lepak McD :)

Yeahh, hari tu, kitorang lepak McD. Kitorang ingat nak study, hmm... hampeh! Rupa rupa nya, sembang je lebih. Hahaha, by the way, ni gambar gambar nya:








When Exam Ends :D

Finally exam habis jugak. Sekarang ni aku tunggu waktu nak ambil result je, duuhh... AddMaths aku dah lah dapat kosong, Maths errr FAIL. Hmmm honestly aku memang anti dengan Maths ni. Haha, btw ni lah gambar yang sempat aku tangkap.

Liyana, Tyra and Qiela.

Cantik semuanya ~

Peace! :)