Faiz. 22. Used to be an introvert, but now slowly becoming ambivert.

Hari Paling Best! :)

Okay. Hmmm... Penat gila doh hari ni. First, kat sekolah tadi memang gempak. Mula mula datang, takde pape yang special. Sampai waktu dah nak dekat balik, hmm... masa tu, cikgu cakap, "Okay, semua pergi Makmal Sains, kita ada buat Pameran Sains."

Apa lagi? Meloncat lah satu kelas, hahaha! Waktu ni lah yang paling aku suka. Macam macam ada doh. Diorang bedah katak laa (Eeeew!), buat gunung berapi lah and macam macam lagi. Tapi, yang paling aku suka is diorang buat experiment rocket, haha! Diorang buat kat tengah tengah Dataran, and sume budak budak keluar dari kelas untuk tengok FREE SHOW tu. Haha, best giler doh! Rocket tu melayang sampai ke bumbung lah, belakang sekolah lah and kalau tak jadi melayang layang kat bawah je. Haha, yang best nya, bila rocket tu dah launch, satu sekolah jerit macam orang gila. Aku and kawan kawan pun join jugak. Jerit jerit macam beruk. Haha, pastu, Helmi and Ikhmal pun ada. Mak ai! Diorang jerit bukan main kuat lagi. Sakit telinga. Okay, tu apa yang jadi kat sekolah.
Pastu, balik sekolah, pergi lepak McD jap dengan Qyla, Eyza and Tyra. Kitorang buat laa homework homework yang tak siap. Best jugak. Macam macam aku buat kat situ, and yang paling crazy sekali, aku letak creamer banyak banyak kat mulut aku, then aku cakap cakap kat Qyla. Haha, menyembur nyembur creamer tu, haha, menjerit Qyla.

Best ohhhh! Pastu, kitorang pun makan makan lah kat situ sampai perut naik BUNCIT! Memang sampai jalan pun tak betul. Macam orang mabuk. Maklum lah, tak larat nak bawak perut sendiri. Wekkk~ tu je lah yang best nya hari ni, haha! :)

ENJOY KAT SEKOLAH! :)

Okay, hari ni memang hari yang paling best kat sekolah. Well, lepas masa rehat je, semua cikgu tak masuk because diorang ada buat raptai untuk majlis apa entah (tak nak ambil kisah pun! :D) Yeahh! Enjoy lah apa lagi, best gila, semua budak budak merayap because boring kan. Yang perempuan, ada lah pergi tolong cikgu sikit sikit. Aku? Nak tolong? Sorry, next time je lah. Hehe, sakit kepala lah (alasan!) Haha, kitorang semua buat kerja kerja sendiri, Helmy and the gang enjoy dengan dance dance diorang. Aku? Sembang sembang je lah dengan classmate aku. Hmm, by the way, sempat jugak aku tangkap gambar, hehe!


Comelnya! :)

Eh? Tyra malu malu pulak :D

Lepak McD :)

Yeahh, hari tu, kitorang lepak McD. Kitorang ingat nak study, hmm... hampeh! Rupa rupa nya, sembang je lebih. Hahaha, by the way, ni gambar gambar nya:








When Exam Ends :D

Finally exam habis jugak. Sekarang ni aku tunggu waktu nak ambil result je, duuhh... AddMaths aku dah lah dapat kosong, Maths errr FAIL. Hmmm honestly aku memang anti dengan Maths ni. Haha, btw ni lah gambar yang sempat aku tangkap.

Liyana, Tyra and Qiela.

Cantik semuanya ~

Peace! :)