Faiz. 22. Used to be an introvert, but now slowly becoming ambivert.

Citrawarna Yang Terakhir (LIVE 21 May 2011) ;)

Okay, aku lupa nak update semalam because balik balik dari Citrawarna je terus tertidur dengan lena nya. So, masa pagi pagi dalam pukul 11 aku gerak sekolah because diorang suruh gerak awal untuk pakai makeup. Waduhhh~ make up?!! Okay, aku sampai sekolah sorang sorang. Lepas tuu Paan sampai and kitorang sama sama terus pakai baju sewang. Lepas tu, diorang nak pakaikan make up. So, diorang pakai kan lah bedak apa entah. Lepas tu, LIPSTICK! What the fuck? Gilaaa apa? Nak taknak kena jugak. Pastu, diorang bubuh apa entah nama dia, pening nak sebut. Semua orang dah siap make up dalam pukul 4 petang lebih kot... lama kan? Hehe! So, gerak lah ke Dataran Merdeka masa pukul 4.30 petang kot. Sampai je kat sana, terus pakai complete baju Sewang and tunggu nak perform je. Malam pun menjelma and waktu untuk perform dah sampai. Yeahhhh cuak plus excited doh. Hmm.... tapi sebelum perform, Abang Razif, Kak Syuhada and Kak Erin masuk khemah nak ucap ucap kan tahniah and goodluck. Tapi, kitorang buat surprise, kitorang sambut birthday Kak Syuhada hehe. Kitorang pun makan lah cake Secret Recipe. Sedap ohhhhh, cekelat pulokkk~ Lepas celebrate tu, kitorang pergi beratur untuk perform. Masuk je Dataran Merdeka, semua orang dah sorak dah. And, ramai jugak orang nak tangkap gambar kitorang because costume kitorang agak pelik and unik :P

Akhirnya, waktu kitorang dah sampai and kena lah perform. Aku cakap kat Cikgu yang aku takut, tapi Cikgu suruh buat betul betul. So, dekat Dataran Merdeka tu dia ada bentang satu tikar putih and waktu tu dah lah hujan. So, tikar tu jadi licin. Masa perform tu, aku and Asya tergelincir sikit because licin. Malu siallllllllll! Depan orang ramai and camera pulak :((
Takpe.... aku check check jugak, kot kot muka aku masuk TV. Tapi, tak nampak pun? Hmm.. takpe, lepas tu perform lagi kat dua tempat. Habis je semua tu, masa untuk perform Mega Zapin, Tarian Malaysia and Joget Lambak. Bapak best ohhhhh! Habis semua tu, kitorang tangkap tangkap gambar dengan sifu kitorang, Abang Razif , Kak Syuhada and Kak Erin. Hmmm.. bye bye, harap harap kita berjumpa lagi. Bye bye Citrawarna and.... rindu dengan kerenah budak lelaki kat dalam bus yang gila gila.

Huaaaaaaa~ Sedih ohhh :((


Me and Paan masa tengah make up hahaha! :D
Ni petang sebelum perform :)
Muka macam sial! :P
Lepas perform, ambil gambar sebagai kenangan :')
WE MISS YOU A LOT, CITRAWARNA! :'(
Bye Abang Raziff! :'(
Bye Kak Syuhada! :'(

Citrawarna :D (20 May 2011)

Wuihhh~ Penat gilaaa! Takpe takpe, banyak gila story best hari ni. Urmmm, so, tadi aku tak datang sekolah because training semalam menyebabkan aku penat gilaaaaaa. Terlepas lah Paper 1 Agama. Rugi betul! Takpe, demi Citrawarna kan. Then, petang tu kitorang kena berkumpul dekat sekolah and kena lengkap pakai baju Sewang. Bapak ah! Baju dah lah besar, warna hijau, nampak macam pekerja Alam Flora pulak hehe. Dah siap siap pakai semua, gerak lah ke Dataran Merdeka untuk buat full rehearsal. Haha, kitorang lepak lepak dulu. Disebabkan costume Sewang susah nak bukak, aku terpaksa tahan kencing kat sana. Bapak ahhhh, seksa ohhh! Bila dah malam, rehearsal pun bermula and ramai orang berkumpul nak tengok. Siap ada camera TV lagi. Aku terus jadi excited. Bila turn aku nak buat Sewang, aku ada terbuat salah because terhilang focus masa melayan spotlight yang terang benderang tu! Okay, dah habis, kena gerak lagi kat mana entah. Haaaaaa, masa gerak kat tempat lain ni lah yang paling aku malu. Seluar aku terlondeh ohhhhh! Malu gilaaaaaaaaaa! Nampak seluar bunga bunga hijau aku! Kantoi! Semua orang gelakkan aku, merah padam muka aku. Yang lain terpaksa bergerak dulu because Kak Syuhada terpaksa berhenti kan aku kat tengah tengah jalan sebab nak betul kan balik seluar aku yg terlondeh itu. Thanks Kak Syuhada! Love you ketat ketat :P


Malu lah sial! Actually, seluar aku tak londeh macam ni,
tapi londeh sampai ke bawah terus! >.<

So, dah siap semua, aku kejar balik and kena perform dekat... dekat depan Hotel apa entah. Lepas perform situ, kena pergi ke satu lagi tempat. Perform lah untuk kali ketiga. Penat gilaa! Lepas tu, sambung ke Dataran Merdeka and buat Mega Zapin, Joget Lambak and Tarian Malaysia. Best gila. Habis je rehearsal, masa nak balik tu, kitorang dapat tahu siapa yang curi phone Nadia. Kantoi sudah haha! Habis bergegar satu khemah because budak lelaki kitorang tak puas hati dengan PENCURI tu. Atoyaiii, bikin malu nama sekolah je. So, kitorang simpan dulu. Then, naik bus and balik lah ke sekolah kitorang. Pastu, settle balik because PENCURI tu taknak mengaku. Last last, Nadia jugak menang. Dia dapat phone dia balik! Congratzzzz! And kitorang pergi celebrate dekat Cafe Idaman Seksyen 4. Yeahh enjoy gilaa! So, esok kena perform betul betul because esok is hari yang betul betul kena perform. Depan Perdana Menteri and Agung and VVIP. Takut ohhhhh. Wish me luck kay! :D

Citrawarna :D (19 May 2011)

Okay, sangat penat lorrrrrh hari ini. Training semalam menyebabkan aku penat gila hari ni. Firstly, aku bangun lambat pagi tadi so sampai sekolah lambat gilaaa walaupun hari exam. Sampai sampai je, Cikgu Zul dah tunggu depan pagar dengan muka dia yang garang tu. Hmmm, last last dia denda and bagi sikit ceramah and warning sekali. Haha habis je semua tu, aku masuk ke kelas dalam keadaan lintang pukang because nak jawab Mathemathics Paper 2. Bila aku masuk, semua pandang lain macam. Haha malu gila aku! Nasib baik aku sempat. So, aku bukak kertas tu, and otak aku terus jadi BLUR! Semua soalan aku dah tak ingat camne nak buat. Masa cikgu ajar, boleh je aku jawab. Masa exam, terus BLANK otak. So, aku tak tau nak buat apa, aku tidur je lah. Penat kan. Then, Cikgu Suffian tegur aku, dia kata jangan tidur, cuba jawab. Aku pun cuba lah. Padahal hentam je lebih. Haha siap je semua tu, aku sambung tidur. Alahai, sedap nya :D

Then, ada paper Akaun pulak. Nasib baik semua objektif. So, boleh lah aku main hentam hentam je. Haha, habis exam, aku balik rumah and siap siap nak pergi training Citrawarna kat Dataran Merdeka. So, gerak sekolah pukul 3 petang and dalam pukul 4 petang, gerak sana lah. Sampai je, aku, Asya, Paan and Aten terus jalan jalan. Boring lah kan. Kitorang tangkap tangkap gambar lah, itu lah, ini lah. And then, terserempak dengan dua pelancong Mat Salleh. Kitorang say "Hello!" kat diorang. Hahaha saja je. Warga Malaysia memang sporting and peramah. Tiba tiba, dia keluarkan kamera Nikon DSLR dia tu, and kata nak tangkap gambar kitorang. Apa lagi, terus pose lah sekor sekor. Haha siot je! Pastu, lepas tangkap gambar tu, kitorang pergi ke khemah sekolah kitorang because nak berkumpul. Sampai laa malam, hujan turun pulak. Takpe, ramai budak main hujan, so aku join lah sekali. Hehe best best, dalam pukul 10 malam camtu, hujan dah stop. Kitorang pun buat lah rehearsal Citrawarna kat Dataran Merdeka. Perghhh~ Semua orang bad mood because tengah penat plus mengantuk kan. Seram aku tengok sekor sekor. Habis je rehearsal, aku balik rumah dengan Adam, Daus and Paan hehe :)

Jalan jalan :)
Update 30/11/16: Asya and Fatin sekarang dah berhijab
so I have to edit the photos, to respect them.

Weeeeee :)

Citrawarna :D

Okay, Citrawarna Citrawarna Citrawarna. Mesti korang dah bosan dengar cerita aku yang tak habis habis excited dengan benda ni kan? Well, aku tak kisah pun. Asalkan aku enjoy. So, lagi beberapa hari je aku nak perform kat Dataran Merdeka depan VVIP, Agung, Perdana Menteri and lain lain :D
So, biar aku cerita sikit ehhhhh~ Hehe, disebabkan kitorang nak biasakan diri dengan kawasan yang besar, kitorang telah dibawa ke PWTC untuk practice. Perghh~ aircond dia, tak boleh sejuk lagi ke, menggigil "my body"! Haha, so, inilah ceritanya....

Hari Pertama (15 May 2011):
Masa first day kitorang kat sini (PWTC), kitorang memang excited gilaaaaaa. Ye lah, campur campur pulak dengan budak budak sekolah lain. Ada yang okay okay and ada yang dah mula bajet bajet (Normal lah manusia~) So, kat sini, kitorang sampai sampai je terus breakfast Nasi Lemak and lepas tu menari Zapin ramai ramai. Perghh, gempak gilaaaa doh! Macam macam style ada. Ada yang loncat loncat, ada yang lompat lompat :D
Then, kitorang rehat and makan Nasi Kari lauk ayam. Lepas tu, sambung balik menari. Ada sorang abang ni buat satu step baru, so, kitorang belajar lah. Memang kelam kabut gila! Masa buat Sewang pun berterabur kot. Maklum lah, tak biasa dengan ruang besar. Tapi, sekarang dah biasa laa :P
So, itu je yang special nya.


Ni gambar yang diambil sebelum gerak ke PWTC! :)

Hari Kedua (16 May 2011):
Masa sampai kat sini memang menggigil satu badan because terlampau sejuk kan? So, macam biasa lah. Breakfast hari ni special sikit, makan swiss roll. Hehe, sedap ohhhhh! Tapi, sampai je kat perisa kopi, terus naik muak aku. Nak termuntah hehe. Hari ni, abang tu tukar step Zapin pulak. Atoyai, memang tak pandai lah cerita dia. Berterabur semua hehe. Kitorang belajar jugak betul betul walaupun dah banyak kali kena sound dengan Kak Syuhada which is my trainer yang paling aku sayang. Masa ni aku agak stress sebab penat gila kan. Haha, bila buat Sewang, aku dah biasa sikit. So, tak banyak lah berterabur nya. Okay okay je. Pastu, rehat makan nasi lauk sambal IKAN! Wekkkkk~ "sedapnya" makanan dia :D






Hari Ketiga ( 17 May 2011):
This is the last day aku kat PWTC. Memang sedih ohhhh~ Rindu kat aircond dia :P
Haha, kitorang breakfast bihun and hotdog rebus. Nyum nyum, sedap kot. Bila dah last last, baru nak sedap :P
Hari ni, semua dah perfect, Zapin dah cantik, Sewang pun sama. Haha, tinggal nak bagi tak salah je. Hari ni, kitorang practice betul betul macam nak buat persembahan kat Dataran Merdeka nanti. Perghhhh~ Gempak gila lah tengok orang lain buat persembahan. Macam macam ada haha. Pastu, bila turn kitorang buat Sewang, semua okay. Yang tak best nya, kitorang kena keluar dari PWTC untuk bagi ruang kat sekolah lain buat persembahan. Shit gila! Panas doh. Tapi, sabar je lah. Pastu, rehat and kitorang makan nasi lauk kari ayam kot dengan hotdog rebus jugak. Sedap ohhhhh~ So, habis rehat sambung latihan macam biasa. Tapi, ada budak TTDI gaduh dengan budak SMK Cochrane Perkasa because budak Cochrane kerek sangat kot. Tak tau lah. Tapi, memang gempak lah cerita dia. Sampai budak kitorang backup budak TTDI because diorang lah main dancer untuk Sewang. :D
Hehe, pastu, yang paling sedih is, phone Nadia hilang! Fuck gilaaaaaa! Masa nak balik tu, hilang phone and duit Nadia. Kesian dia. Dah lah dalam tu ada banyak memory indah. Gambar dia tangkap dengan Abang Razif pun ada. Rugi gilaaaaaa! Sabar ye Nadia~ And, bye bye PWTC.....

Hari Keempat (18 May 2011):
Okay, hari ni memang menyesal gila. Pergi sekolah pukul 2 petang lebih, tapi pukul 4 petang baru gerak Dataran Merdeka. Cikgu yang lambat, bengang siotttt! Takpe takpe, sabar je laaaa~ So, sampai je kat sana, kitorang terus stay kat khemah and sembang sembang je lah. Sampai lah aku dah bosan, aku ajak Paan pergi jalan jalan kat area KL. Haha, tangkap tangkap gambar lah sikit. Buat simpan simpan :D
So, dah habis tu je, kitorang datang kat khemah balik and tegur tegur lah jugak budak TTDI hehe. Lepas tu hujan pun turun. Semua masuk khemah macam baru lepas kena gempa bumi haha. Makanan pun sampai and kitorang makan nasi lauk sambal ayam. Sedap, tapi pedas! Yang nak tergelak nya, kitorang macam mangsa pelarian/gempa bumi sebab berebut kan makanan. Haha, sampai lah waktu Maghrib tiba, aku pun solat lah dengan Paan kat Masjid Jamek. Solat itu satu kewajipan :P
Bila dah malam, kitorang still enjoy lagi tapi yang peliknya, bila nak berlatih kat Dataran Merdeka, hujan tak stop stop. Haishhh~ Semua orang dah bengang and terpaksa lah latihan hari ni dibatalkan. So, buang masa je datang. Masa balik is waktu paling aku takut. Dah pukul 11 malam lebih baru sampai sekolah. Semua orang dah takut and sampai kan kawan aku, Ara menjerit and menangis sebab dikacau "benda" kat depan sekolah. Badan dia sejuk gilaaaaa~ Aku pun peluk dia so that dia tak takut and aku baca baca lah apa yang patut. Kitorang balik ramai ramai. Semua ni Ikhmal punya pasal lah because dia tunjuk gambar Pocong. Kitorang jadi cuak. Sampai je kat Cafe Idaman Seksyen 4, Nadia and kawan kawan lain lepak makan situ. Ara tak sedap hati and dia nak balik. So, aku, Kucai, Adam, Fazhan, Paan balik ramai ramai. Sampai je area Seroja, aku balik dengan Adam. Nasib baik dia tinggal dekat dengan aku. Kalau tak, mampuihhh aku balik sorang sorang. Itu je yang jadi. Ada benda benda yang aku tak boleh cerita sebenarnye. So, ini je lah yang mampu aku cerita :D

So, tunggu je lah next post okay? :)

CITRAWARNA! :D

Okay, finally, step Zapin and Sewang dah complete! So, Ahad ni gerak PWTC untuk practice kat sana. Yeahh, tak sabar! Tapi, aku kena buat elok elok lah, because, Kak Syuhada kata, kalau buat salah sikit, dah kena sound. Takut wohhhhh~ Haha! So, aku sebagai warga SMKS4 akan cuba menyesuaikan diri dengan warga TTDI! (Semangat je lebih!)

And, sibuk sibuk aku practice Citrawarna ni, exam pun sudah sampai. So, penat camne sekalipun, aku kena jugak ambil exam. Penting tu! Maths, Add Maths, tu yang aku takut sekali. Maths 1 dah lepas. Tinggal Maths 2 and Add Maths 1&2 je. Hadoyai, takut plus cuak sial! Apa apa pun, aku akan buat yang terbaik untuk perform Citrawarna kat Dataran Merdeka nanti! Yeahhhhhhhh~ <3