Faiz. 22. Used to be an introvert, but now slowly becoming ambivert.

Citrawarna :D (20 May 2011)

Wuihhh~ Penat gilaaa! Takpe takpe, banyak gila story best hari ni. Urmmm, so, tadi aku tak datang sekolah because training semalam menyebabkan aku penat gilaaaaaa. Terlepas lah Paper 1 Agama. Rugi betul! Takpe, demi Citrawarna kan. Then, petang tu kitorang kena berkumpul dekat sekolah and kena lengkap pakai baju Sewang. Bapak ah! Baju dah lah besar, warna hijau, nampak macam pekerja Alam Flora pulak hehe. Dah siap siap pakai semua, gerak lah ke Dataran Merdeka untuk buat full rehearsal. Haha, kitorang lepak lepak dulu. Disebabkan costume Sewang susah nak bukak, aku terpaksa tahan kencing kat sana. Bapak ahhhh, seksa ohhh! Bila dah malam, rehearsal pun bermula and ramai orang berkumpul nak tengok. Siap ada camera TV lagi. Aku terus jadi excited. Bila turn aku nak buat Sewang, aku ada terbuat salah because terhilang focus masa melayan spotlight yang terang benderang tu! Okay, dah habis, kena gerak lagi kat mana entah. Haaaaaa, masa gerak kat tempat lain ni lah yang paling aku malu. Seluar aku terlondeh ohhhhh! Malu gilaaaaaaaaaa! Nampak seluar bunga bunga hijau aku! Kantoi! Semua orang gelakkan aku, merah padam muka aku. Yang lain terpaksa bergerak dulu because Kak Syuhada terpaksa berhenti kan aku kat tengah tengah jalan sebab nak betul kan balik seluar aku yg terlondeh itu. Thanks Kak Syuhada! Love you ketat ketat :P


Malu lah sial! Actually, seluar aku tak londeh macam ni,
tapi londeh sampai ke bawah terus! >.<

So, dah siap semua, aku kejar balik and kena perform dekat... dekat depan Hotel apa entah. Lepas perform situ, kena pergi ke satu lagi tempat. Perform lah untuk kali ketiga. Penat gilaa! Lepas tu, sambung ke Dataran Merdeka and buat Mega Zapin, Joget Lambak and Tarian Malaysia. Best gila. Habis je rehearsal, masa nak balik tu, kitorang dapat tahu siapa yang curi phone Nadia. Kantoi sudah haha! Habis bergegar satu khemah because budak lelaki kitorang tak puas hati dengan PENCURI tu. Atoyaiii, bikin malu nama sekolah je. So, kitorang simpan dulu. Then, naik bus and balik lah ke sekolah kitorang. Pastu, settle balik because PENCURI tu taknak mengaku. Last last, Nadia jugak menang. Dia dapat phone dia balik! Congratzzzz! And kitorang pergi celebrate dekat Cafe Idaman Seksyen 4. Yeahh enjoy gilaa! So, esok kena perform betul betul because esok is hari yang betul betul kena perform. Depan Perdana Menteri and Agung and VVIP. Takut ohhhhh. Wish me luck kay! :D