Faiz. 22. Used to be an introvert, but now slowly becoming ambivert.

Citrawarna :D

Okay, Citrawarna Citrawarna Citrawarna. Mesti korang dah bosan dengar cerita aku yang tak habis habis excited dengan benda ni kan? Well, aku tak kisah pun. Asalkan aku enjoy. So, lagi beberapa hari je aku nak perform kat Dataran Merdeka depan VVIP, Agung, Perdana Menteri and lain lain :D
So, biar aku cerita sikit ehhhhh~ Hehe, disebabkan kitorang nak biasakan diri dengan kawasan yang besar, kitorang telah dibawa ke PWTC untuk practice. Perghh~ aircond dia, tak boleh sejuk lagi ke, menggigil "my body"! Haha, so, inilah ceritanya....

Hari Pertama (15 May 2011):
Masa first day kitorang kat sini (PWTC), kitorang memang excited gilaaaaaa. Ye lah, campur campur pulak dengan budak budak sekolah lain. Ada yang okay okay and ada yang dah mula bajet bajet (Normal lah manusia~) So, kat sini, kitorang sampai sampai je terus breakfast Nasi Lemak and lepas tu menari Zapin ramai ramai. Perghh, gempak gilaaaa doh! Macam macam style ada. Ada yang loncat loncat, ada yang lompat lompat :D
Then, kitorang rehat and makan Nasi Kari lauk ayam. Lepas tu, sambung balik menari. Ada sorang abang ni buat satu step baru, so, kitorang belajar lah. Memang kelam kabut gila! Masa buat Sewang pun berterabur kot. Maklum lah, tak biasa dengan ruang besar. Tapi, sekarang dah biasa laa :P
So, itu je yang special nya.


Ni gambar yang diambil sebelum gerak ke PWTC! :)

Hari Kedua (16 May 2011):
Masa sampai kat sini memang menggigil satu badan because terlampau sejuk kan? So, macam biasa lah. Breakfast hari ni special sikit, makan swiss roll. Hehe, sedap ohhhhh! Tapi, sampai je kat perisa kopi, terus naik muak aku. Nak termuntah hehe. Hari ni, abang tu tukar step Zapin pulak. Atoyai, memang tak pandai lah cerita dia. Berterabur semua hehe. Kitorang belajar jugak betul betul walaupun dah banyak kali kena sound dengan Kak Syuhada which is my trainer yang paling aku sayang. Masa ni aku agak stress sebab penat gila kan. Haha, bila buat Sewang, aku dah biasa sikit. So, tak banyak lah berterabur nya. Okay okay je. Pastu, rehat makan nasi lauk sambal IKAN! Wekkkkk~ "sedapnya" makanan dia :D






Hari Ketiga ( 17 May 2011):
This is the last day aku kat PWTC. Memang sedih ohhhh~ Rindu kat aircond dia :P
Haha, kitorang breakfast bihun and hotdog rebus. Nyum nyum, sedap kot. Bila dah last last, baru nak sedap :P
Hari ni, semua dah perfect, Zapin dah cantik, Sewang pun sama. Haha, tinggal nak bagi tak salah je. Hari ni, kitorang practice betul betul macam nak buat persembahan kat Dataran Merdeka nanti. Perghhhh~ Gempak gila lah tengok orang lain buat persembahan. Macam macam ada haha. Pastu, bila turn kitorang buat Sewang, semua okay. Yang tak best nya, kitorang kena keluar dari PWTC untuk bagi ruang kat sekolah lain buat persembahan. Shit gila! Panas doh. Tapi, sabar je lah. Pastu, rehat and kitorang makan nasi lauk kari ayam kot dengan hotdog rebus jugak. Sedap ohhhhh~ So, habis rehat sambung latihan macam biasa. Tapi, ada budak TTDI gaduh dengan budak SMK Cochrane Perkasa because budak Cochrane kerek sangat kot. Tak tau lah. Tapi, memang gempak lah cerita dia. Sampai budak kitorang backup budak TTDI because diorang lah main dancer untuk Sewang. :D
Hehe, pastu, yang paling sedih is, phone Nadia hilang! Fuck gilaaaaaa! Masa nak balik tu, hilang phone and duit Nadia. Kesian dia. Dah lah dalam tu ada banyak memory indah. Gambar dia tangkap dengan Abang Razif pun ada. Rugi gilaaaaaa! Sabar ye Nadia~ And, bye bye PWTC.....

Hari Keempat (18 May 2011):
Okay, hari ni memang menyesal gila. Pergi sekolah pukul 2 petang lebih, tapi pukul 4 petang baru gerak Dataran Merdeka. Cikgu yang lambat, bengang siotttt! Takpe takpe, sabar je laaaa~ So, sampai je kat sana, kitorang terus stay kat khemah and sembang sembang je lah. Sampai lah aku dah bosan, aku ajak Paan pergi jalan jalan kat area KL. Haha, tangkap tangkap gambar lah sikit. Buat simpan simpan :D
So, dah habis tu je, kitorang datang kat khemah balik and tegur tegur lah jugak budak TTDI hehe. Lepas tu hujan pun turun. Semua masuk khemah macam baru lepas kena gempa bumi haha. Makanan pun sampai and kitorang makan nasi lauk sambal ayam. Sedap, tapi pedas! Yang nak tergelak nya, kitorang macam mangsa pelarian/gempa bumi sebab berebut kan makanan. Haha, sampai lah waktu Maghrib tiba, aku pun solat lah dengan Paan kat Masjid Jamek. Solat itu satu kewajipan :P
Bila dah malam, kitorang still enjoy lagi tapi yang peliknya, bila nak berlatih kat Dataran Merdeka, hujan tak stop stop. Haishhh~ Semua orang dah bengang and terpaksa lah latihan hari ni dibatalkan. So, buang masa je datang. Masa balik is waktu paling aku takut. Dah pukul 11 malam lebih baru sampai sekolah. Semua orang dah takut and sampai kan kawan aku, Ara menjerit and menangis sebab dikacau "benda" kat depan sekolah. Badan dia sejuk gilaaaaa~ Aku pun peluk dia so that dia tak takut and aku baca baca lah apa yang patut. Kitorang balik ramai ramai. Semua ni Ikhmal punya pasal lah because dia tunjuk gambar Pocong. Kitorang jadi cuak. Sampai je kat Cafe Idaman Seksyen 4, Nadia and kawan kawan lain lepak makan situ. Ara tak sedap hati and dia nak balik. So, aku, Kucai, Adam, Fazhan, Paan balik ramai ramai. Sampai je area Seroja, aku balik dengan Adam. Nasib baik dia tinggal dekat dengan aku. Kalau tak, mampuihhh aku balik sorang sorang. Itu je yang jadi. Ada benda benda yang aku tak boleh cerita sebenarnye. So, ini je lah yang mampu aku cerita :D

So, tunggu je lah next post okay? :)