Faiz. 22. A homosexual. Used to be an introvert, but now slowly becoming an ambivert.

Mont' Kiara International School Dance Fanatics 2011

Yoooooooo! Hello everyone and yeah, it's already December now. Aku rasa still sempat lagi nak say, HELLO DECEMBER! Hahahaha, yeah nampaknya 2011 dah nak habis. Hadoi, kejap je doh nak 2012 plus next year SPM! Madafaka -.-

Okay okay, aku bukannya nak cerita pasal 2011, 2012 and semua tu. Aku nak cerita pasal Dance Fanatics 2011 dekat MKIS! Yeah, mula mula aku dapat tahu benda ni dari Atikah Saifudin lah. Dia ada cerita kat aku yang Aqilah Aida ada buat persembahan kat sekolah dia. Aku pon macam, whoaaa mesti gempak. Then, tak lama kemudian, Atikah ajak aku teman dia, aku pon macam excited lah! Okay, sebelum pergi sekolah Aqilah tu, dia kata suruh tunggu dia kat Mcdonald Kota Damansara dulu. Dia suruh tunggu pukul 4, nanti dia datang. Aku pon ingat nak gerak Mcd dalam pukul 2. Sebab haritu aku nak belanja Atikah double cheese burger + lepak lama sikit :P

Okay, masa haritu aku tak tidur. Sebab tak boleh nak tidur + tak ngantuk. So, aku berjaga je lah sampai ke pagi. Aku dengan adik aku pulak tu sama sama berjaga sebab sama sama tak ngantuk. Haha, masa pagi tu aku ingat nak jogging dengan adik aku tapi tengok tengok, cancel sebab malas! Hahaha, pagi pagi tu aku and adik aku gerak ah ke kedai nak beli nasi lemak. Aku beli dua pulak sebab lapar gila. Okay balik rumah, tibai sampai perut kembung and bla bla bla. Berjaga lah sampai pukul 9, masa tu baring baring kat katil. Last last, terlelap pulak sampai pukul 2! WTF!!? Aku dah lambat ni nak pergi Mcd. Terus rush ke bilik air, mandi siap semua. Sampai Mcd pukul 2.50 pm. Fuuuh, sempat lagi Mcvalue Lunch ni, orang pon tak ramai. Dah order semua aku pon tunggu lah si Atikah. Tunggu punya tunggu, Helmy pulak yang sampai sebab Aqilah ajak dia sekali. So, aku lepak je lah dengan dia. Tunggu jugak si Atikah ni, mana dia. Tiba tiba dia call, dia kata, "You i sampai Mcd pukul 4 tau?" and bla bla bla. Lahai, sampai pukul 4 pulak. Aku pon tunggu lah sampai Fries dia pon dah sejuk and lembik. Terserempak pulak dengan Erwansha, Izyan and Fatiha dekat Mcd ada lah sikit borak dengan diorang. Okay, dalam pukul 4, Aqilah pon sampai dengan kawan dia sekali, Dini Danial and Shafiq Azri. Tapi yang peliknya, Atikah ni tak sampai sampai jugak. Hadoi, tunggu punya tunggu, sampai jugak. Aku ambil dia kat luar, ajak dia makan double cheese burger dia. Habis makan baru gerak kat sekolah Aqilah. Kena naik cab lah! Aqilah baik ah, dia bayar kan tambang cab. Thanks! :D

Sampai kat sekolah, Aqilah terus cakap, "Guys, English please!", aku pon macam, okay get ready lah nak speaking lepas ni. Masuk masuk je, student situ pandang kitorang semua. Aku pon macam, buat cool je. Then, Aqilah bawak kitorang jalan jalan kat sekolah dia. Seriously aku cakap, sekolah dia gila awesome! Hahaha, student pon lawa lawa, okay gatal jap. Cehhh! Okay, pastu Aqilah and Atikah ni dahaga lah pulak, diorang pon pergi stop dekat satu vending machine. Aku and Helmy pergi toilet, ada business kejap. Hahaha, keluar je dari toilet, Atikah and Aqilah tu menjerit jerit happy semacam. Aku pon tanya lah kenapa kan, then diorang masukkan duit and tekan tekan semua, pastu vending machine tu pon menjalankan tugasnya! Aku tengok pon macam, gila awesome style vending machine. Hahaha, batak kejap :P

Okay sudah sudah lah dengan batak tu, hahaha. Pastu, Aqilah suruh duduk dekat kantin, 'cause dia ada meeting untuk perfomance malam tu. Kitorang pon tunggu lah dari pukul 5 pm sampai 6.30 pm. Masa menunggu tu gila bosan lah. Aku ajak lah Helmy and Atikah jalan jalan kat sekolah. Well, memang gempak lah! Tengok tu, tengok ni, bercerita lagi dengan si Atikah. Pasal kucing lah, pasal hantu lah, hahahaha.


Sampai lah pukul 6.30 tunggu, Aqilah pon datang, dengan bau perfume dia, bau hairspray dia, makeup dia lagi. Aqilah pon kata, suruh tunggu lagi 30 minit, sebab dia start pukul 7.00 pm. Tunggu je lah sambil tangkap gambar semua. Tepat pukul 7.00 pm, semua gerak ke satu tempat ni, macam Theater lah. Aku, Helmy and Atikah dapat duduk tempat second paling depan. Untung laaaah! Persembahan tu pon start, pehhh! Opening dia gila gempak! Dia punya themes macam creepy creepy sikit. Antara nama persembahan dia is:

- The West and East Side
- Dance Fanatics
- Ba Dag E-A K-Pop inspired dance
- Jazzway - A Broadway Jazz Dance
- The Victim
- Mambo Jambo
- Breathe Me
- Sacudiendo las Caderas
- Alter Ego
- My Reflection
- Bale Afro
- Hopeless Love
- Cats
- The Oceania Project

Fuuuuuuh, banyak kan? Tapi best ohh! Semua menari gempak gila! Belly dance ada, KPOP inspired dance ada and macam macam lagi. Habis je persembahan, semua balik. Masa balik tu, ada kawan Aqilah, her name is Kate Ngooi. Pehhh! Gila lawa tapi kesian kat dia, kaki dia injured. Yang lucky nya, Shafiq and Helmy dapat tangkap gambar dengan dia. Aku pon nak join, tapi malu ah doh. So tak join lah, padahal dalam hati rasa jealous dengan dua mamat ni. Haaaaaih -.-

Tiba tiba, Aqilah kata mom dia tinggalkan dia. And dia tak ingat dia letak duit dia kat mana sebab dia nak support Aku, Helmy and Atikah balik naik cab. Aku pon cuak lah, dah lah ada rm5 je dalam wallet. So kitorang decide untuk share share je lah duit naik cab. Nasib baik cukup! Masa balik tu, semua kumpul dekat Mcd lah, tunggu parents masing masing. Aku tunggu ayah Helmy nak ambik pukul 10 lebih. Gila lah, masa tunggu tu sejuk tak terkata, menggigil satu badan. Atikah, Aqilah, Dini and Shafiq semua dah balik. And finally, ayah Helmy sampai tapi this time dengan kereta kawan ayah dia. Aku pon jadi takut nak tumpang. Ye lah, naik kereta ayah dia pon aku rasa seram, ni kan pulak naik kereta KAWAN ayah dia. Helmy kata, naik je. Masuk masuk je, okay sejuk gilaaaaaaaaaaaa! Menggigil! Helmy pon cakap, "Masa aku kerja Metrojaya lagi sejuk!". Okay Helmy, aku faham penderitaan kau :P

Kawan ayah dia hantar sampai ke rumah Helmy, aku pon turun then aku cakap lah, takpe lah aku balik jalan kaki je lah. Helmy kata takpe, tumpang je. Aku pon join je lah, bapak dia hantar sampai ke rumah aku. Turun dari kereta, aku terus lari nak bagi badan panas sikit, sebab satu badan aku still sejuk kott. Sampai sampai rumah je, online kejap, then terus TIDUR! :D

- THE END OF THE STORY -