Faiz. 22. Used to be an introvert, but now slowly becoming ambivert.

Kantoi juga akhirnya

Assalamualaikum again... Haa this time aku dah tak tahu nak share dengan siapa dah. Actually tahun 2012 ni macam tahun malang bagi aku. Terlampau banyak tekanan, masalah, dugaan yang datang. Pastu nak kena focus dengan SPM lagi. Dengan parents yang tak habis habis meletak harapan tinggi lagi. Of course lah kita rasa macam nak explode kan. Okay aku nak cerita sikit ni. Hmm, lately aku ni, mood aku ni asyik tak menentu je. Yes, kalau kat luar dengan kawan kawan tu seboleh bolehnya aku menggila, ketawa macam orang tak ingat dunia. But deep inside, ammm macam kena tikam. Cer aku kasi korang pakai 'The-Spect-of-Truth', mesti korang nampak badan aku ni penuh dengan luka, air mata, sebagainya lah. Cewahh nama device aku tu memang gempak kan? Kan kan kan? HAHAHA!

Hmmm lately aku ni asyik muram, sedih, serabut je. Kat Twitter pun sekarang ni kalau aku tweet, dah tak minat dah nak letak smiley. 'Cause i'm not happy enough lah tu use emoticons to show that i'm happy. Kalau ye aku letak pun, tu fake semata mata. Kaaaaan? Kay masalah banyak... Aku sebenarnya tak tahu nak cerita kat siapa. Kalau dapat bercerita pun, diorang tak akan faham. It's too complicated. Kalau boleh, aku nak share dengan orang yang betul betul rapat gila dengan aku je and aku cuma nak dia sorang je tahu. Baru aku rasa lega sikit. Kalau share dengan kawan kawan aku secara ramai ramai, entah lah aku takut rahsia tak disimpan. 'Cause it's too private and yupp complicated. So that's why lah aku nak sangat ada seorang kawan yang betul betul boleh faham aku, rapat dengan aku. Baru lah aku selesa untuk bercerita, berkongsi segala masalah yang ada. Hmmm macam AddMaths lah masalah aku ni. Takde siapa nak layan, and of course takde siapa nak faham. Yes, memang kalau kat rumah, dengan kawan kawan, aku macam happy gila lah. Tapi bila bila sorang sorang, haaaa time tu lah 'feeling' aku yang sebenarnya keluar.

Okay semalam, 31 July 2012, aku balik tuition jalan kaki. Serabut gila lah time tu. Kat tuition pun dah terserlah rasa tak happy nya. Mana taknya, ada 4 main problems dalam otak, pastu 4 masalah tu ada anak anak cucu cicit dia. Confirm lah nak meletup rasa dia kan? Haaa... Masa aku balik tu, aku jalan dengan Adiba and Atiqah, bila diorang dah sampai rumah diorang, aku pun jalan sorang lah. Haaa time ni lah aku dah tak dapat tahan, aku menangis sambil jalan. Sayu bhaii hati ni. Otak rasa macam haihhh entahlah. Sampai tersedu sedu kau tahu. Time tu aku jalan kat lorong sunyi sikit, so takde orang nampak lah. Sekali ada dua mamat ni jalan, amm apa lagi lap air mata lah jawabnya. Cover cover.

Pastu aku gerak tasik kat Seksyen 6 tu, nasib baik orang semua dah balik terawih, budak budak pun dah tak lepak situ dah. Aku pun duduk kat kerusi batu yang kat bahagian bawah sikit. Memang gelap, dengan bunyi cengkeriknya lagi. Bulan Ramadhan kan, apa nak takut so duduk situ, nangis sorang sorang macam orang gila. Lama tau, setengah jam i tell you aku duduk situ. Pastu aku tengok lah ada kelip kelip semua, cewahhh macam diorang nak teman aku pulak. Terharu hati beta.

Tak habis sampai situ je, aku pun blah dari tasik merayau to somewhere else lah, jalan jalan jalan semua. Last last balik rumah pukul 11.20pm, tuition habis pukul 10.15pm. Actually aku agak serabut nak duduk kat rumah sekarang ni. Kenapa? Hmmm... adalah. Mandi mandi semua then tak boleh tidur. Kenapa? Hmmm adalah... yang penting pukul 3 pagi baru tidur. Tidur 2 jam je sebab lepas tu bangun sahur.

Okay then pergi sekolah. Haaa kat sekolah ni ada masalah sikit. Masa on the way to sekolah pun aku dah muram. Sangat sangat takde mood. Serabut. Sampai je kat sekolah, alamak pintu kelas still terkunci. Ye lah, aku sampai awal sangat. Tunggu je lah sorang sorang, termenung je lah... Then, bila dah dapat masuk kelas, aku duduk. Aku termenung. Rasa moody sangat. Sampai lah kawan kawan aku dah sampai, diorang perasan aku lain macam. Diorang tanya, "Faiz okay tak?" "Kau kenapa Faiz?" aku pun macam diam je sambil angguk kepala. Then Nabila dulu datang dekat aku, dia tanya slow slow. Aku still diam, sampai lah Tyra and Qiela dah sampai, aku dah tak boleh nak tahan sangat, aku nangis masa tu jugak. Aduhhh bangang ah. Asal tak boleh nak cover ni dohh.  First time ni menangis kat sekolah depan kawan kawan. Tu lah, dah lama sangat menyimpan, lama lama terkeluar jugak ah. Aku nangis sampai mata ni nak naik bengkak, merah. Diorang tanya, aku diam je, aku cakap aku okay walaupun dah terang terang tak sebenarnya. I refused to share the problem with them 'cause i know they will never understand. It's too complicated guys :(

Then start dari tu, sampai balik sekolah aku diam je lah. Cikgu semua tengok aku lain macam, diorang kata aku ni mengantuk. Ammm iye lah tu mengantuk... Tapi ada berita happy sikit lah, assignment ICT aku dah complete. Alhamdulillah, setelah betulkan itu ini akhirnya siap jugak.

Back to the topic... Hmm ini lah akibatnya terlampau memendam, akhirnya akan jadi macam ni lah. Entah lah, aku rasa nak jumpa counselor tapi aku malu. Aku malu sangat sangat sangat. Entah lah. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menempuh cabaran di dunia ini...

P/S: Guys, i know korang akan baca post ni lambat gila. 'Cause aku post ni senyap senyap. Aku taknak promote, "Baru update blog, hmmm ~" camtu nanti orang kata desperatos fos ziye attensianos pulak kan. Haa bahasa apa aku hentam ni, okay actually maksud dia, "Desperate for the attention" tau. Kay. Plus, haven't you guys noticed that ayat aku nampak macam happy semacam je? Haha well to be honest, no i'm not. Muka aku tengah serious ni masa typing. Also beware of my fake laughs. "Haha" doesn't mean i'm happy. Kbai.