Faiz. 22. Used to be an introvert, but now slowly becoming ambivert.

Aku dan 2013.

2013.

Tahun yang betul betul mengubah diri aku. Jadi lain daripada yang lain. Menjadi semakin negatif, semakin teruk, semakin pelik. Itu lah aku, budak yang bersikap 'pessimistic'. Yang selalu menganggap negatif almost over everything. Diorang kata aku dah berubah. Aku dah tak seceria dahulu. Aku dah tak se-positif dahulu. Betul. Aku tak nafikan. Aku memang dah berubah.

Tahun ni aku jadi semakin benci pada diri aku sendiri. Aku fikir, aku rasakan yang semua orang benci pada aku. Menyampah dengan aku. Itu yang aku rasakan, so, aku mula 'undur'kan diri aku daripada diorang. Aku mula memencilkan diri aku sendiri. Sebab, aku rasa tak ada orang nak berkawan dengan aku, nak terima diri aku. Takde siapa pun nak kisahkan pasal aku, ambil tahu pasal aku, ye betul aku sememangnya semakin dilupakan. Dipinggirkan. Bukti? Tengok lah blog ni sunyi dia macam mana. Haha,aku sememangnya semakin tidak wujud, semaking hilang dari semua orang.

Rupa aku pula? Hahaha, orang lain semua kata hodoh, apa pula aku kata? Well, bagi aku, rupa aku ni sememangnya hodoh pun. Lagi hodoh daripada segala benda yang paling hodoh kat dalam muka Bumi ni. Sememangnya aku lah yang terhodoh. Hodoh di antara yang terhodoh.

2013.

Tahun mental breakdown. Tahun paling sucks. Well, sebenarnya 2011 aku dah mula jadi macam ni. Sikit demi sedikit. Cuma tahun ni lah rasa negatif tu dah jadi tebal. Kuat. Kukuh. Entah bila semua ni akan berakhir...