Faiz. 22. Used to be an introvert, but now slowly becoming ambivert.

Feseni Universiti Malaya 2014

Hai. Assalamualaikum.
Okay actually benda ni dah berlepas tiga hari yang lepas tau. Tapi sekarang ni baru ada idea nak post pasal topik ni. Okay, 29 and 30 Mac, aku baru je perform/compete untuk Feseni UM 2014 dalam kategori Tarian Tradisional and Tarian Kreatif. It was fun, agak nervous, I quite enjoy it. Aku ingat lagi, dulu aku pernah post pasal betapa stress and tension nya aku bila masuk menari ni (sekarang aku delete dah post tu). Aku tak pernah yakin dengan diri aku sendiri, aku tak pernah rasa motivated and optimisitic langsung bila training. Asyik down je bila tengok senior menari hebat. Yang kita ni practice bukan main susah, tapi menari masih macam cibai. Tapi akhirnya aku berjaya melepasi fasa tu jugak. So, Alhamdulillah, Tarian Tradisional dapat tempat ke-5 dan Tarian Kreatif dapat tempat ke-4. Tak sangka langsung at least dapat tempat, sebab aku menari memang tak expect pun nak menang. Masuk hanya untuk cari pengalaman. Happy jugak lah. Umm okay aku semakin ketandusan idea nak cakap apa lagi ni haa... hmm...

Oh ye, masa training tu banyak sangat ups and downs dia. Aku ingat lagi, bila kena marah dengan senior, kena marah dengan choreographer, rasa macam nak melalak kat situ jugak. Ada pernah sekali ni, aku tak mampu tahan sangat emosi aku bila kena marah dengan senior, aku cabut pergi toilet, pastu menangis dalam tu, agak lama jugak lah. Tapi segala teguran, segala marah tu lah yang menguatkan aku, memperbaiki skill tarian aku. So, it was the best experience ever. InsyaAllah kalau takde apa apa masalah, next year boleh kot try masuk lagi. Okbye.

Poster Feseni 2013/2014.

Selepas selesai rehearsal Tarian Tradisional.

Karya Kurshiah Dancers in action!

That's me, paling kiri sekali in the picture!

Us, performing Zapin Sebat.

Kostum untuk kategori Tarian Tradisional, kitorang perform
Zapin Sebat dan Tarian Asli Sarawak.

Us performing Tarian Gamelan.

Kostum kitorang untuk Tarian Gamelan bagi kategori Tarian Kreatif.

Here's the video.
Zapin Ros Kalas & Asli Sarawak
Tarian Gamelan