Faiz. 22. Used to be an introvert, but now slowly becoming ambivert.

Break for a month.

Hello, jam menunjukkan 3.15 pagi and yes aku tak boleh nak tidur sekarang. Sepatutnya aku plan nak tidur pukul 12 lebih tadi, aku dah mandi air panas siap siap supaya nak tidur tu sedap je tapi dah cuba lelap kan mata, tak boleh pulak. So, aku on lah lappy, aku main World of Warcraft jap sebab rasa bosan tak boleh nak tidur. Aku tak tahu nak buat quest apa sebab Aimi tak boleh on untuk tolong aku, sebab esok dia nak balik PD dah, so aku try lah pergi Duskwood dengan Warlock (Level 32) aku, dengan harapan at least dapat lah rare item untuk Priest (Level 23) aku, and aku target nak dapat, Thunderwood. Satu jam aku cuba, hampeh. Log off.

Okay, tengok lah title, for sure lah post aku ni tentang semester break. Ye, semester break dah lama mula, ini hari ketiga, eh tak, hari keempat aku cuti sem. Cuti sebulan, cuti yang aku dah lama tunggu sejak awal semester dibuka lagi. Mana taknya, cuti Semester Dua lepas, tiga minggu tau, tapi aku cuti satu minggu je sebab lagi dua minggu aku dah korbankan untuk Feseni (which was great!). Buka je Semester Tiga, aku rasa tak puas sangat. Rasa menunggu sangat cuti sem haha. Anyway, Semester Tiga was hectic, chaotic and stressful as fuck. Short semester memang betul betul satu disaster tahu tak?! Walaupun dua subjek je which are Business Research and Management Information System, tapi assignments nya sangat lah membebankan kepala otak. Sampai aku tak tidur semata mata buat assignment, and then pergi kelas terus esok pagi tu. Ini baru Diploma, belum lagi Degree, Master, PhD. Pening kepala I uolls.

Setelah bertarung dengan segala kecelaruan di Semester Tiga, akhirnya tamat juga. Lepas habis je jawab paper Business Research which is the final paper after MIS, rasa macam lega sangat. Rasa macam kau dah tahan ketut daripada pagi sampai petang and akhirnya kau dapat lepaskan juga kentut tu, bahagia kan? Maka secara rasminya tamat sudah first year aku as Diploma student dekat Universiti Malaya. So, secara rasminya juga, tamat lah tempoh penginapan student Diploma di mana mana Kolej Kediaman diorang. But wait, no no no, belum tamat lagi bagi aku. Alhamdulillah, Feseni dah selamatkan aku. Disebabkan aku bergiat dalam Feseni, aku diberi peluang lagi untuk stay di Kolej Kediaman Ketiga, Tuanku Kurshiah sampai habis pengajian. Yes, dapat masuk Feseni 2015 which will be the last time for me to join it. Tapi, bagi kawan aku yang lain, kebanyakannya permohonan diorang ditolak sebab ada yang tak aktif langsung, and ada yang tak cukup aktif. Cuma ada tiga je student Diploma yang tawarannya diluluskan untuk stay di KK3. Lepas ni aku tak sure lah roommate baru aku siapa. Rasa awkward lah pulak bila dapat roommate baru nanti. Tapi aku rasa sedih juga lah dekat kawan kawan aku yang tak dapat stay kolej, lepas ni jumpa dekat kelas je lah. Takde siapa dah nak datang bilik aku pastu sembang sembang dengan aku nanti. And kemungkinan juga bilik aku akan ditukar nanti, daripada first floor mungkin naik ke second, third? Aku tak sure tapi yang penting floor atas semua budak Degree. Kalau dah satu floor dengan budak Degree memang for sure lah aku terperuk dalam bilik je. Sebab... awkward level sejuta rasanya nak bergaul dengan senior. Whatever... let’s see what’s gonna happen bila buka Semester Empat nanti. Oh shit, Semester Empat pun short sem jugak. Ahhhhhhhh apa ni!?

Apa plan aku cuti sem ni? Nope, jangan cakap pasal kerja, PLEASE LAH. Aku taknak kerja, sebab cuti ni aku dah lama tunggu, aku betul betul nak duduk rumah je and rehat and main WoW and baca buku yang dah aku belanja sakan pakai BB1M haritu. Plan aku hmmm... okay nak renew IC aku yang hodoh, yang gambar aku masih lagi Darjah Enam tu lol. Then main WoW and baca buku lah. Buku yang aku target nak baca dalam cuti sem ni is, “The Diary of a Young Girl” and “The Fault in Our Stars”. First book ni aku tengah baca, ia mengisahkan pasal Anne Frank yang hidup dalam zaman pemerintahan Hitler dengan undang undang anti-Yahudi dia tu. Second book pula, aku cuma boleh kata buku tu pasal love story, that’s all. Oh movie buku ni dah nak release dah, dalam bulan June juga lah. So umm yeah itu je lah aku buat dalam cuti sem ni, duduk rumah je. Ada lah keluar lepak sikit, but most of the time duduk rumah je.

Okay aku rasa aku nak pergi tidur sekarang, bye.