Faiz. 22. Used to be an introvert, but now slowly becoming ambivert.

19 ✕. 20 ✓.

Happy 20th Birthday, Faiz.

Goodbye number one on my age, welcome number two.
I hate growing up. I'm not ready yet.

Update (26/11/2015, 4:33AM):
So I went to Curve @ Mutiara Damansara to celebrate it with Imaginators (trio consist of me, Farah Diyana and Aimi Zafirah). They're like my ultimate bestfriend (since 2008), the one who's okay with how crazy and weird I am. Anyway, it was just a really really simple celebration. We ate at Tappers Cafe then we watched Mockingjay Part 2, which is a must watch on my birthday. Mockingjay was good, a bit emotional tho I didn't cry. Now the series finally ended. Been watching it on my birthday since Catching Fire. Gah I'm sure gonna miss all the moments. I still remember in 2013 I had to watch it alone, while 2014 I watched with Ouch Krikk Krikk, and this year I watched it with Imaginators. I'm sure gonna treasure all the memories created.

Farah, Aimi, thanks boo for spending your time with me on my birthday. Love xx.
Also thanks to the other three, Helmi, Asya, and Fatin. Seems like only these five that remembers my birthday haha. Aight night.



当ててみて.

9
1_13
7_1_25
1_3_20_21_1_12_12_25
1_14_4

9
1_13
19_3_1_18_5_4
20_15
3_15_13_5
15_21_20

2_5_3_1_21_19_5
9
11_14_15_23
16_5_15_16_12_5

23_9_12_12
10_21_4_7_5
13_5
1_14_4

20_8_9_14_11
9
1_13
4_9_19_7_21_19_20_9_14_7






U+1F622….

Diploma, CHECKED!

やった!21 October 2015, I finally graduated!!
Made it to the end. Alhamdulillah, officially done with Diploma and I’ve granted Diploma in Business Management. All the struggles, through ups and downs and I finally managed to survive this 2 years. さよなら to all the good and bad memories sepanjang belajar Diploma. Ouch Krikk Krikk, Fahera Ouch, I'm gonna miss you guys so much. Goodluck with whatever you're doing after this.


Alright, Level 1 complete! Next level, Bachelor’s Degree, InsyaAllah.








Minat.

Offer from UM for course Bachelor of Arts (English).
Hahaha mesti semua orang macam what the fuck gila dengan choice yang aku buat ni. Yes, I received an offer from University of Malaya untuk sambung Degree bagi course Sarjana Muda Sastera (English). Reason kenapa aku reject offer ni hmm boleh refer gambar di atas. Not that I hate English tho, I've always been passionate in learning English, I do love English and I kinda think that English is my forte (KINDA, I'm still struggling with grammatical errors and my vocab ain't that good yet), but this time, nope. I rejected it because, firstly, ni merupakan last choice aku actually masa isi permohonan. My first choice is, Media Studies. Aku minat nak belajar tentang media sebab aku rasa scope dia sangat meluas, and aku minat nak tahu the power of media. But I guess takde rezeki kot so dapat lah course ni.

Bila dapat course ni, terus rasa macam...
"Crap what do I do now? What am I gonna be when I graduated nanti? I mean, I can be a lecturer but teaching is DEFINITELY not my passion. I can be an English journalist, but am I confident enough to ensure that my audience minat dengan my content? I can be a writer, which is agak bullshit 'CAUSE AKU NAK WRITE STORY APA SIA?"

So, I did ask from my senpai(s), minta suggestion, advice. Aku tanya Farhan, senior aku yang currently studying in Bachelor of Science (Mathematics), rasanya. Ayat dia yang aku buat aku fikir betul betul is,
"Faiz, belajar ni kena ada minat. Kalau kita belajar satu benda tu tapi takde minat, takut tersangkut di tengah tengah."

Then, lama juga lah aku fikir masak masak nak reject atau nak accept offer ni. Aku fikir minat aku apa. Relate dengan apa aku dah belajar masa Diploma, ada ke tak minat masa belajar subjects dalam Diploma dulu. Kebetulan, aku ada apply kerja through Jobstreet and daripada situ aku tahu yang minat aku masih lagi ada dekat dunia business. Ye, aku masih minat dengan dunia business, aku tahu apa aku nak jadi bila dah graduate nanti. Aku minat dunia business tetapi lebih kepada marketing, tapi kalau nak meluas daripada tu pun aku tak kisah janji masih relate dengan business. Well, buat masa ni mungkin knowledge aku still sikit so vision tu belum lagi clear, I'm only 20 years old after all, I still got lots to learn. So, aku dah decide yang Degree nanti aku akan sambung business-related course, preferably major in Marketing.

So, antara Media Studies, English and Business, aku pilih Business. FOR NOW lah, mana tahu nanti bila dah expose dengan macam macam, aku tukar fikiran ke haha. I'm sorry Universiti Malaya. Memang betul betul wave goodbye la nampaknya, haha.

Sayonara, Universiti Malaya.

That's it. The journey of my Diploma study has come to the end. I don't really know much what to say, but I am so glad that it's finally over. IT'S OVER! Final exam was stressful. I didn't get enough sleep, I stayed up all night just to cover the whole chapters (in one night) that I spotted to be on the paper. Plus, I have this expectation, where I want to achieve a good pointer so even though I was soooo tired to study I had to get my shit together and study like hell.

The last day spent at Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah or Kolej Kediaman Ketiga was.... rather neutral. I didn't feel sad or sentimental whatever. It was like okay this is my last day here, pack all the things, make sure I don't leave any stuff. But yeah I did have a look at the 'scenery' of my residential college, just for, you know to enjoy it for the last time. I was like awwhhh this is where I did this, this is where I did that. Then when the time's up I just balik lah tunggu apa lagi hahaha, I DIDN'T EVEN SAY GOODBYE TO MY ROOMMATES, sorry.

Goodbye.

All right, it's been fun, studying in Universiti Malaya as a Diploma student.
It's been fun staying in KK3.
'Til next time, InsyaAllah.

2 Years in University of Malaya

Semalam merupakan kelas untuk Diploma yang paling terakhir, kelas perpisahan, kelas di mana tamatnya sudah pengajian Diploma aku. Selama dua tahun aku menjadi pelajar Diploma di UM ni, macam macam aku belajar, macam macam aku lalui. Tak sangka betapa singkatnya tempoh pengajian selama dua tahun ini. Semalam semua orang bagi ucapan masing masing untuk final speech. Aku pun terlibat tapi tak panjang speech aku. Habis kelas, semua bergambar dengan lecturer, semua minta maaf dengan lecturer, mohon berkat and so on. It feels like habis sekolah again.

Das it, I can't believe it that my Diploma in University of Malaya is coming to an end. Di sini lah aku belajar untuk berdikari, belajar untuk tinggal jauh (well tak berapa jauh) daripada parents, belajar untuk ada inisiatif sendiri dalam belajar, belajar buat assignments, reports, slides and stuff. UM merupakan universiti pertama yang mengajar aku, mendedahkan aku terhadap dunia universiti ni. Seriously, dunia universiti jauh bezanya daripada dunia sekolah. Bila kau menjadi pelajar universiti, semua tanggungjawab dah jatuh ke atas kau untuk macam mana kau manage, bawa diri kau selama kau jadi pelajar universiti. Mungkin dulu masa sekolah, balik sekolah je makanan dah tersedia bawah tudung saji, bangun pagi parents kejutkan, pergi sekolah pun parents kau bagi duit.

Dekat universiti, balik kelas makanan memang tersedia, tapi duit pun mesti disediakan jugak. Takde duit, jangan harap nak makan, terpaksa pinjam roommates atau paling tak pun minta sedekah Maggi daripada roommates. Nak bangun pergi kelas? Tak payah cakap, alarm tak bunyi sikit, lambat satu jam, alamatnya ponteng lah kau kelas yang kau lambat tu. Kalau dulu, kau bukan main power lagi lah cipta 'alasan' kat parents supaya diorang percaya and izinkan kau ponteng kelas. Tapi dekat universiti, takde siapa halang kau nak ponteng, kau nak ponteng ikut kau lah. Cuma hukuman dia tu kena get ready lah. Semuanya sendiri. Memang aku akui aku ni ada jugak ponteng kelas, sampai dapat warning letter pun ada. Reason? Sebab bangun lambat lol.

Aku masih ingat lagi detik detik first time nak masuk UM. Macam mana nervous nya aku dengan dunia baru, mana taknya aku tak pernah merasa boarding school. Malam tu tidur lambat, pukul 5am baru tidur, pukul 7am dah gerak UM nak check-in kolej. Malam sebelum tu packing bagai nak rak, barang warna biru bersepah hahaha since blue is my favourite colour. Siapa roommates aku? Kolej tu macam mana? Kolej tu ada hantu ke? Hahaha soalan biasa lah. Kolej Kediaman Kurshiah or Kolej Kediaman Ketiga. Situ lah aku akan menetap untuk dua tahun. Selesai je check-in aku pun masuk bilik aku, E111. Sampai je aku tengok banyak gila lelaki yang lepak, rupanya macam gangster pun ada, ahli silat tegar pun ada. Aku terus jalan ke depan, pergi next room fikir aku mungkin salah bilik. Then, "EH ni E113." So, bilik aku tadi tu dah betul dah, cuma aku tak berani haha. Aku pun masuk lah sendiri, letak barang apa semua. Then semua lelaki dalam bilik aku tadi pun keluar. Rupanya yang lepak tadi tu kenalan one of my roommates. Masuk pula dua orang lelaki, seorang berbadan sedikit berisi dan seorang lelaki berambut panjang. Saat tu lah first time aku tengok roommates aku. Hassan, si rambut panjang. Pendiam orangnya, tak banyak cakap, wajahnya agak garang. Kalau siapa tak kenal dia, mesti fikir dia ni non-friendly orangnya. Umurnya 3 tahun lebih tua daripada aku. Afham, aka Husin 2.0 (muka sebijik macam classmate aku masa 4/5 Kreatif, Husin), sama baya dengan aku, we even share the same month of birthday! Hassan memang jarang ada kat bilik, so bonding aku lebih erat dengan si Afham. Dia pun talkative, friendly so memang bising bilik tu kitorang bersembang. Sebelum tidur pun bersembang jugak. Aku jadi rapat dengan dia sebab muka dia macam kawan sekolah aku, so terus tak rasa awkward. Lepas dah tahu rooommates apa semua, aku pun berkenalan lah dengan satu floor tu, dengan semua budak Diploma. Orientation day malas lah nak cerita, nothing interesting. First semester je budak Diploma in Business Management (KK3) gerak kelas sama sama, then semua dah tahu jalan, dah pandai pergi sendiri.

First day masuk kelas, semuanya masih baru nak berkenalan, geng pun belum ada lagi. Nasib baik aku sama course dengan Asya, which is my jiran since kecil, belajar sama since tadika hingga lah ke UM. Aku pun melekat dengan dia, dia bawa seorang kawan baru, Sabrina namanya tapi kitorang panggil dia Rai. Roommate dia rupanya. Then aku berkenalan dengan seorang perempuan ni lagi, Azma. Dia sama team dengan aku masa orientation day so aku kenal sikit sikit lah. Bam bam apa semua, TUP tercipta lah Ouch Krikk Krikk, geng kitorang sendiri. So, diorang lah geng aku selama aku belajar di UM ni. Member wajib dalam group assignment daripada first hingga lah akhir semester. Usually group assignment requires enam orang so dua orang lagi aku cari Hamid and Haikal, budak satu floor kolej dengan aku. Masa first semester, tak ber-geng dengan Ouch Krikk Krikk lagi, aku ada sekali team assignment dengan Hamid, Haikal, Hassan and lain lain lah. Semenjak tu, Hamid terus nak buat  group assignment dengan aku, sebab dia suka cara aku manage group tu, daripada segi report dan slide, aku ni lah yang tukang check grammar apa bagai semua. Bagi betulkan report dan slide supaya nampak perfect. So, aku gabungkan Hamid & Haikal dan Ouch Krikk Krikk to create a perfect hybrid of FAHERA OUCH.

Selama belajar Diploma ni, macam macam manis dan pahit aku rasa haha. Berjaga tengah malam sebab siapkan report. Tak tidur tu dah biasa dah, especially nak dekat exam. Study lah sampai dah habis jawab exam, balik tu baru topup tidur. Kena ejek itu perkara biasa. Memang dekat kelas, aku ni terkenal sikit among lelaki. Attitude aku ni satu bahan hiburan bagi diorang, so aku diejek apa bagai. Since kecil dah diejek, so what do you expect bila masuk universiti? Lol. Sejujurnya, kat UM ni aku tak pandai bergaul sangat. With boys especially. That's why geng aku tiga perempuan, and aku seorang lelaki. Diorang lah yang menerima aku seadanya, yang sanggup layan perangai aku. Hamid and Haikal pun secara tak langsung okay dengan attitude aku, sebab diorang kata attitude aku ni menghiburkan. So dekat kolej aku ada juga melibatkan diri dengan aktiviti kolej such as Captain Ball, Feseni, and Karnival Kebudayaan Kurshiah. Captain Ball tu aku tak tahan lama sebab aku rasa aku ni tak berapa pandai dalam sukan tu. Kalau suruh aku join Softball, for sure aku okay. Makanya, tarian lah yang menjadi minat aku selama ni UM ni. Since sekolah dah masuk Citrawarna, so daripada situ minat dah ada.

Habis first year, masuk pulak second year or final year. Second year lah tahun paling hambar, paling sedih. Geng masa first year semua dah pindah masuk rumah sewa, cuma aku je lah berseorangan di kolej. Memang most of the time aku alone je, dalam bilik pun tak bersembang. Terus kat bilik tu aku jadi paling senyap since roommates aku diorang masing masing dah sama course and dah rapat, cuma aku ni tak rapat dengan diorang so rasa awkward. Told ya, I'm pretty bad at socialising. Semuanya berseorangan. Most of the time aku berseorangan, dalam bilik seorang, pergi and balik kelas seorang, makan pun seorang. So umm yeah second year agak hambar jugak lah.

For sure I'm going to miss every memories that have been created in UM. Kolej Kediaman Kurshiah, Feseni, Ouch Krikk Krikk, Fahera Ouch dan semua kawan yang aku kenal kat sini. Thanks for an amazing journey, and wonderful memories. Also thanks to Madam Dina, Madam Nisa, Madam Lyla, Miss Azima, Madam Ashikin, Madam Suzanna, Madam Farinda, Madam Azhanni, Sir Fikri, Sir Vincent, Dr. Danial, and Dr. Rajes for teaching me throughout this 2 years.
Alright, InsyaAllah jika ada rezeki, mungkin aku akan sambung Degree di Universiti Malaya.

xx


For sure I'm going to miss you guys, Ouch Krikk Krikk!

UCB13, goodluck in whatever you guys are doing.

Feseni Universiti Malaya 2015

Maka berakhirlah Feseni bagi kategori Tarian Tradisional dan Tarian Kreatif. Tak sangka ini merupakan tahun terakhir aku join Feseni. Tiba tiba rasa macam tak puas pula join Feseni hanya untuk dua tahun. Rasa emotional pun ada jugak haha, InsyaAllah jika ada rezeki sambung Degree di Universiti Malaya, aku join lagi tapi wakil untuk Kolej Kediaman yang keberapa aku tak pasti.

Aku dapat rasakan yang dunia tarian ni memang serasi dengan jiwa aku. Akhirnya aku dah tahu apa bakat aku, apa minat aku. Aku mungkin tidak dikurniakan suara yang sedap untuk menyanyi, tetapi sekurang kurangnya aku ada bakat dalam tarian walaupun ianya tarian yang berunsurkan ke-Melayuan. Tarian moden atau urban ke apa jadah itu umm kena belajar lah.

Feseni untuk tahun ni lebih mencabar daripada tahun lepas sebab aku senior. Tanggungjawab aku lebih besar daripada tahun lepas. Mungkin tahun lepas aku selalu disuap oleh senior, contohnya kalau tak faham je boleh terus direct tanya senior, diorang boleh latih aku sepanjang masa. Tahun ini berbeza, sebab aku sorang je senior lelaki. Aku yang bertanggungjawab menolong junior lelaki untuk master tarian yang diajar oleh koreografer. Pastu aku kena ada inisiatif sendiri untuk pastikan yang aku mahir tarian yang diajar. So semuanya diri sendiri kena buat.

Alhamdulillah, tahun ni tak rasa kekok sangat nak belajar sebab dah ada basic daripada join Feseni yang lepas. Walaupun tahun ni ada masalah daripada segi penari lelaki, but in the end survive jugak. Macam macam yang dilalui untuk mencari penari lelaki. Dah ajak yang itu last last dia tak boleh commit untuk hari pertandingan sebab ada projek katanya, ajak yang ini pada mulanya nak pastu quit pula esok harinya. Sampai dah desperate sangat, student Korea pun di ajak join. Tapi yang stay hanya empat orang so tahun ni tak ada lah koreografi yang kena couple couple, sayang betul.

Untuk Tarian Tradisional, Alhamdulillah dapat tempat Ketiga. Sangat tak sangka sebab aku rasa kolej lain punya tarian lebih hebat. Untuk Tarian Kreatif dapat tempat Kelima. Okay lah tu, daripada tak ada tempat langsung. Kemenangan ni semuanya hasil ajaran daripada koreografer. Bagi Tarian Tradisional, Kak Nana yang mengajar dibantu sekali oleh Abang Ipin dan Abang Fatih. Untuk Kreatif aku tak join lah disebabkan kekurangan penari lelaki. Mental dan fizikal memang kena kental lah sepanjang belajar dengan Kak Nana sebab dia seorang yang sangat tegas lagi garang. So faham faham je lah kalau ada step tak dapat atau menari tersalah step hahaha. Tapi semua itu juga lah yang membuatkan kita menari dengan perfect.

So umm yeah dengan rasminya berakhir lah penglibatan aku dalam Feseni hahaha. Macam macam lah jadi tahun ni. Daripada takut nak mengajar junior, terus reti. Mungkin aku belum ada lagi ciri ciri pengajar yang tegas, so mostly aku mengajar pun antara pasti dan tak pasti. Lepas ni kena develop ketegasan dalam mengajar (kalau ada rezeki masuk Feseni lagi lah siapa tahu tak Degree mungkin masa Master di UM nanti hehehe). Sampaikan mimpi mimpi pun ada jugak. Mimpi itu lah ini lah, mimpi macam macam pasal detik Feseni. Tapi bagus jugak, mimpi ni lah buat semua jadi alert untuk make sure masa Feseni nanti tak terjadi seperti apa yang jadi dalam mimpi aku haha.

For sure aku akan rindu pengalaman join Feseni ni. Sakit kaki, sakit badan, kulit kaki terkopek masa training, semua tu memang akan aku rindu kan. Detik detik masa rehearsal, sebelum bertanding paling tak boleh dilupakan. Masa tu lah rasa nak terberak lah, terkencing lah, terkentut lah semua jenis rasa ada sebab nervous nak perform depan audience yang sangat ramai. Yang peliknya, bila habis perform semua rasa tu hilang. So bila nervous ni dia mendatangkan pelbagai jenis rasa hahaha.

Okay lah, it's been fun Feseni, it's been fun Karya Kurshiah Dancer. Terima kasih.

Poster Feseni 2014/2015.

Setelah selesai practice malam terakhir sebelum bertanding.

Taken right after we were done with rehearsal
Tarian Tradisional.

Us acting cool, konon.

Gambar diambil sebelum perform. Terima kasih kepada
Kak Nana, dan Abang Ipin kerana mengajar kitorang.

Us, performing Zapin Putar Alam!

The girls performing their Tarian Kreatif called,
Layang Mas.

Ini pula gambar Team Kreatif dengan koreografer
mereka, Abang Sya.