Faiz. 22. A homosexual. Used to be an introvert, but now slowly becoming an ambivert.

2 Years in University of Malaya

Semalam merupakan kelas untuk Diploma yang paling terakhir, kelas perpisahan, kelas di mana tamatnya sudah pengajian Diploma aku. Selama dua tahun aku menjadi pelajar Diploma di UM ni, macam macam aku belajar, macam macam aku lalui. Tak sangka betapa singkatnya tempoh pengajian selama dua tahun ini. Semalam semua orang bagi ucapan masing masing untuk final speech. Aku pun terlibat tapi tak panjang speech aku. Habis kelas, semua bergambar dengan lecturer, semua minta maaf dengan lecturer, mohon berkat and so on. It feels like habis sekolah again.

Das it, I can't believe it that my Diploma in University of Malaya is coming to an end. Di sini lah aku belajar untuk berdikari, belajar untuk tinggal jauh (well tak berapa jauh) daripada parents, belajar untuk ada inisiatif sendiri dalam belajar, belajar buat assignments, reports, slides and stuff. UM merupakan universiti pertama yang mengajar aku, mendedahkan aku terhadap dunia universiti ni. Seriously, dunia universiti jauh bezanya daripada dunia sekolah. Bila kau menjadi pelajar universiti, semua tanggungjawab dah jatuh ke atas kau untuk macam mana kau manage, bawa diri kau selama kau jadi pelajar universiti. Mungkin dulu masa sekolah, balik sekolah je makanan dah tersedia bawah tudung saji, bangun pagi parents kejutkan, pergi sekolah pun parents kau bagi duit.

Dekat universiti, balik kelas makanan memang tersedia, tapi duit pun mesti disediakan jugak. Takde duit, jangan harap nak makan, terpaksa pinjam roommates atau paling tak pun minta sedekah Maggi daripada roommates. Nak bangun pergi kelas? Tak payah cakap, alarm tak bunyi sikit, lambat satu jam, alamatnya ponteng lah kau kelas yang kau lambat tu. Kalau dulu, kau bukan main power lagi lah cipta 'alasan' kat parents supaya diorang percaya and izinkan kau ponteng kelas. Tapi dekat universiti, takde siapa halang kau nak ponteng, kau nak ponteng ikut kau lah. Cuma hukuman dia tu kena get ready lah. Semuanya sendiri. Memang aku akui aku ni ada jugak ponteng kelas, sampai dapat warning letter pun ada. Reason? Sebab bangun lambat lol.

Aku masih ingat lagi detik detik first time nak masuk UM. Macam mana nervous nya aku dengan dunia baru, mana taknya aku tak pernah merasa boarding school. Malam tu tidur lambat, pukul 5am baru tidur, pukul 7am dah gerak UM nak check-in kolej. Malam sebelum tu packing bagai nak rak, barang warna biru bersepah hahaha since blue is my favourite colour. Siapa roommates aku? Kolej tu macam mana? Kolej tu ada hantu ke? Hahaha soalan biasa lah. Kolej Kediaman Kurshiah or Kolej Kediaman Ketiga. Situ lah aku akan menetap untuk dua tahun. Selesai je check-in aku pun masuk bilik aku, E111. Sampai je aku tengok banyak gila lelaki yang lepak, rupanya macam gangster pun ada, ahli silat tegar pun ada. Aku terus jalan ke depan, pergi next room fikir aku mungkin salah bilik. Then, "EH ni E113." So, bilik aku tadi tu dah betul dah, cuma aku tak berani haha. Aku pun masuk lah sendiri, letak barang apa semua. Then semua lelaki dalam bilik aku tadi pun keluar. Rupanya yang lepak tadi tu kenalan one of my roommates. Masuk pula dua orang lelaki, seorang berbadan sedikit berisi dan seorang lelaki berambut panjang. Saat tu lah first time aku tengok roommates aku. Hassan, si rambut panjang. Pendiam orangnya, tak banyak cakap, wajahnya agak garang. Kalau siapa tak kenal dia, mesti fikir dia ni non-friendly orangnya. Umurnya 3 tahun lebih tua daripada aku. Afham, aka Husin 2.0 (muka sebijik macam classmate aku masa 4/5 Kreatif, Husin), sama baya dengan aku, we even share the same month of birthday! Hassan memang jarang ada kat bilik, so bonding aku lebih erat dengan si Afham. Dia pun talkative, friendly so memang bising bilik tu kitorang bersembang. Sebelum tidur pun bersembang jugak. Aku jadi rapat dengan dia sebab muka dia macam kawan sekolah aku, so terus tak rasa awkward. Lepas dah tahu rooommates apa semua, aku pun berkenalan lah dengan satu floor tu, dengan semua budak Diploma. Orientation day malas lah nak cerita, nothing interesting. First semester je budak Diploma in Business Management (KK3) gerak kelas sama sama, then semua dah tahu jalan, dah pandai pergi sendiri.

First day masuk kelas, semuanya masih baru nak berkenalan, geng pun belum ada lagi. Nasib baik aku sama course dengan Asya, which is my jiran since kecil, belajar sama since tadika hingga lah ke UM. Aku pun melekat dengan dia, dia bawa seorang kawan baru, Sabrina namanya tapi kitorang panggil dia Rai. Roommate dia rupanya. Then aku berkenalan dengan seorang perempuan ni lagi, Azma. Dia sama team dengan aku masa orientation day so aku kenal sikit sikit lah. Bam bam apa semua, TUP tercipta lah Ouch Krikk Krikk, geng kitorang sendiri. So, diorang lah geng aku selama aku belajar di UM ni. Member wajib dalam group assignment daripada first hingga lah akhir semester. Usually group assignment requires enam orang so dua orang lagi aku cari Hamid and Haikal, budak satu floor kolej dengan aku. Masa first semester, tak ber-geng dengan Ouch Krikk Krikk lagi, aku ada sekali team assignment dengan Hamid, Haikal, Hassan and lain lain lah. Semenjak tu, Hamid terus nak buat  group assignment dengan aku, sebab dia suka cara aku manage group tu, daripada segi report dan slide, aku ni lah yang tukang check grammar apa bagai semua. Bagi betulkan report dan slide supaya nampak perfect. So, aku gabungkan Hamid & Haikal dan Ouch Krikk Krikk to create a perfect hybrid of FAHERA OUCH.

Selama belajar Diploma ni, macam macam manis dan pahit aku rasa haha. Berjaga tengah malam sebab siapkan report. Tak tidur tu dah biasa dah, especially nak dekat exam. Study lah sampai dah habis jawab exam, balik tu baru topup tidur. Kena ejek itu perkara biasa. Memang dekat kelas, aku ni terkenal sikit among lelaki. Attitude aku ni satu bahan hiburan bagi diorang, so aku diejek apa bagai. Since kecil dah diejek, so what do you expect bila masuk universiti? Lol. Sejujurnya, kat UM ni aku tak pandai bergaul sangat. With boys especially. That's why geng aku tiga perempuan, and aku seorang lelaki. Diorang lah yang menerima aku seadanya, yang sanggup layan perangai aku. Hamid and Haikal pun secara tak langsung okay dengan attitude aku, sebab diorang kata attitude aku ni menghiburkan. So dekat kolej aku ada juga melibatkan diri dengan aktiviti kolej such as Captain Ball, Feseni, and Karnival Kebudayaan Kurshiah. Captain Ball tu aku tak tahan lama sebab aku rasa aku ni tak berapa pandai dalam sukan tu. Kalau suruh aku join Softball, for sure aku okay. Makanya, tarian lah yang menjadi minat aku selama ni UM ni. Since sekolah dah masuk Citrawarna, so daripada situ minat dah ada.

Habis first year, masuk pulak second year or final year. Second year lah tahun paling hambar, paling sedih. Geng masa first year semua dah pindah masuk rumah sewa, cuma aku je lah berseorangan di kolej. Memang most of the time aku alone je, dalam bilik pun tak bersembang. Terus kat bilik tu aku jadi paling senyap since roommates aku diorang masing masing dah sama course and dah rapat, cuma aku ni tak rapat dengan diorang so rasa awkward. Told ya, I'm pretty bad at socialising. Semuanya berseorangan. Most of the time aku berseorangan, dalam bilik seorang, pergi and balik kelas seorang, makan pun seorang. So umm yeah second year agak hambar jugak lah.

For sure I'm going to miss every memories that have been created in UM. Kolej Kediaman Kurshiah, Feseni, Ouch Krikk Krikk, Fahera Ouch dan semua kawan yang aku kenal kat sini. Thanks for an amazing journey, and wonderful memories. Also thanks to Madam Dina, Madam Nisa, Madam Lyla, Miss Azima, Madam Ashikin, Madam Suzanna, Madam Farinda, Madam Azhanni, Sir Fikri, Sir Vincent, Dr. Danial, and Dr. Rajes for teaching me throughout this 2 years.
Alright, InsyaAllah jika ada rezeki, mungkin aku akan sambung Degree di Universiti Malaya.

xx


For sure I'm going to miss you guys, Ouch Krikk Krikk!

UCB13, goodluck in whatever you guys are doing.