Faiz. 22. A homosexual. Used to be an introvert, but now slowly becoming an ambivert.

Swadansa Kinabalu

Poster Feseni 2016/2017.

Feseni is back again! Luckily aku masih study di UM so boleh lah aku masuk lagi pertandingan ni. This year will be my third year joining Feseni. First year was when I was in my first year of Diploma (2014, aged 19). Second year pula masa final year Diploma (2015, aged 20). Then, I took a gap year before sambung Degree since last year's September. So, Feseni 2016 tak join lah sebab tak sambung belajar dekat UM. Semuanya sebab aku reject offer yang aku dah dapat haha. Anyway, koreografer atau cikgu tari tahun ni sama dengan final year Diploma aku; Kak Nana, excluding Abang Ipin haha. Lama tak nampak Abang Ipin. OK, tahun ni dia lain macam sikit. Dulu aku mewakili Kolej Kediaman Ketiga atau Kolej Kediaman Kurshiah, tahun ni aku mewakili Kolej Kediaman Kelapan atau Kolej Kediaman Kinabalu. Kalau dulu nama kumpulan tari dia, Karya Kurshiah Dancers, tahun ni Swandansa Kinabalu. Aku sendiri suggest nama tu, I tried lah. I think it sounds okay.

Sangat banyak perbezaan dia bila wakilkan kolej lain ni. Masa KK3 dulu, memang KK3 dah selalu hantar Team Tradisional dan Team Kreatif. So, dekat situ nampak lah yang KK3 ni agak ambil berat lah tentang kesenian. Lain pula dengan KK8, dimana tahun ni macam first time lah diorang send Team Tradisional untuk bertanding, setelah sekian lama. Selama ni KK8 hantar Team Kreatif je. KK8 ni pula tak berapa nak pentingkan kesenian sangat, diorang lebih kepada sukan. Kalau dulu KK3 boleh ambil outfit tahun-tahun lepas, KK8 tak ada sangat sebab dah lama tak compete kategori tradisional. So kitorang semua terpaksa keluarkan duit sendiri untuk beli peralatan seperti songkok, kerongsang etc. Thanks dekat Atiqah juga lah sebab proposed untuk send Team Tradisional. Atiqah ni sama Diploma dengan aku. Kitorang memang dah sama-sama bertanding Feseni since Diploma sampai sekarang. Cuma tahun ni tahun keempat dia masuk Feseni sebab dia masuk Degree since September 2015. Alhamdulillah, memang tak ada masalah untuk recruit penari dekat KK8 ni. Yang mengejutkan, lelaki lebih berminat nak masuk, berbanding dengan perempuan. So tahun ni Team Tradisional consist of five couples, lengkap lah orang kata. Macam first year Feseni dulu, six couples. Second year, kekurangan penari lelaki, so couple tak lengkap sebab ada empat penari lelaki je.

Tapi secara jujurnya, bila compare dengan semua tahun yang aku masuk Feseni, tahun pertama lah paling seronok. Masa tu memang sangat lah inexperienced, kosong! So senior banyak tunjuk ajar and bonding between penari memang sangat lah rapat. After training, we'd eat together kat luar, ada pergi hot spring lah and macam-macam. Seronok lah. Tahun pertama juga lah aku didedahkan dengan banyak asas-asas tari. Tahun kedua, tanggungjawab handle penari lelaki dah jatuh dekat aku, so aku yang bertanggungjawab ajar penari lelaki lain. Dah kena berdikari, tak boleh lah depend dekat senior dah. Masa tu sangat lah takut, and nervous. Sebab tak pernah ajar orang, tiba-tiba kita dapat tanggungjawab tu kan. I still remember masa tu I almost give up masuk Feseni sebab kekurangan penari lelaki so aku jadi down. But masuk juga cuma compete kategori tradisional sebab kreatif kekurangan penari lelaki, so tak boleh masuk. Tahun kedua tu bonding memang honestly renggang. Our relationship semua hanya ketika training, habis training tak ada pun keluar sama ke apa benda ke. So bila tak bonding macam tu, jumpa kat luar pun macam tak berapa nak mesra. Cuma "Hi." and "Bye!" je. Tahun ketiga pula, which is tahun ni, aku dah berani sikit. Atiqah jadi manager untuk Team Tradisional, aku pula tolong-tolong je lah with the boys. Bonding tu... lebih kurang lah dengan tahun kedua lah. Tahun depan tak tahu pula nak wakil kolej mana sebab ada plan nak tukar kolej next year. I don't know lah, walaupun kolej ni sangat lah bagus WiFi dia (eventhough lately pun slow juga), tapi kat sini macam terlampau sunyi. Dah lah jauh terpencil atas bukit, jauh pula tu daripada fakulti. I'm planning to move to 12th ke or 3rd, or kalau tak ada choice, stay je lah dekat 8th. Tu pun kalau dapat stay kolej lah. Sebab aku nak lah mewakili kolej yang orang kata, aktif lah. KK8 ni memang agak hambar actually. Bajet kolej ni pun agak... huhu sikit. Tahun depan siapa lah agaknya yang akan manage Team Tradisional KK ni.

I have always liked dancing. Ever since masuk Citrawarna back in 2011, memang terus rasa macam wow dancing is really something yang I really like, and I have passion untuk belajar. Kalau 2011, masa tu didedahkan dengan Tarian Sewang, dan Zapin. Zapin yang sangat basic lah, berlagukan Ya Salam by Noraniza Idris. I think Zapin dia similar to Zapin Tenglu kot. 2013 & 2014 pula, didedahkan dengan macam-macam. Sebelum koreografer datang mengajar, senior-senior ajar asas dulu untuk recruit penari. So I learned Zapin Tenglu, asas Joget, dan asas Inang, Once dah terpilih untuk compete, baru lah belajar Zapin Sebat, dan Tarian Asli Sarawak, choreographed by En. Afzan. 2014 & 2015 pula, cuma belajar Zapin Putar Alam, dan Inang. Tahun ni, belajar Zapin... oops later I will tell hehe. Ok lah, kalau daripada dulu kosong, nak menari sangat lah kekok, sekarang dah dapat lah sikit-sikit ilmu tari tu. Kurang lah sikit rasa kekok nak menari tu.

So yeah, I'm really looking forward to compete this year sebab tahun-tahun sebelumnya compete dekat Auditorium Kompleks Perdanasiswa. This year, first time compete dekat Dewan Tunku Canselor. Kalau KPS, dia punya stage, and tempat dia kecil so kurang lah 'gah' dia tu. Kalau DTC besar, siap ada TV lagi akan tayangkan muka penari-penari on stage. We'll see what will happen, all the best!

Updated (9 March 2017):
Nampaknya venue Feseni tahun ni ditukar lagi sebab dekat DTC ada renovation. Honestly memang upset gila. Upset yang teramat, to the point of rasa macam what's the point aku train hard tapi bila waktu aku nak perform, venue dia macam hawau. I've always wanted to perform at DTC, baru lah rasa macam, you know, shine habis. KPS... I don't know lah. Mungkin tak ada rezeki. Entah lah, rasa down gila.

No comments: